awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh China: Mayat pertama berjaya dikeluarkan

Agensi
Agensi
22/12/2015
08:56 MYT
Tanah runtuh China: Mayat pertama berjaya dikeluarkan
Mayat mangsa pertama tragedi itu berjaya dikeluarkan selepas usaha mencari dan menyelamat lebih 80 mangsa dijalankan sepanjang malam menggunakan dron dan jentera berat. -Foto fail/Reuters
Pasukan penyelamat pada Selasa berjaya menarik keluar satu mayat daripada timbunan sisa runtuhan bangunan dalam insiden tanah runtuh di China yang menimbusi lebih 30 bangunan di sebuah zon perindustrian di Shenzhen, lapor Reuters.
Mayat mangsa pertama tragedi itu berjaya dikeluarkan selepas usaha mencari dan menyelamat lebih 80 mangsa dijalankan sepanjang malam menggunakan dron dan jentera berat.
Dalam kejadian tersebut, banjir lumpur dan sisa pembinaan menenggelamkan 33 bangunan di Tapak Perindustrian Hengtaiyu di selatan bandar Shenzhen pada Ahad, menurut agensi berita Xinhua.
Pekerja penyelamat melakukan pencarian dibantu anjing pengesan di kawasan seluas 380,000 meter persegi (94 ekar) yang diterangi dengan lampu simbah, membabitkan penggalian sedalam 10 meter.
Dilaporkan jumlah mangsa yang masih hilang lewat Isnin malam ialah sebanyak 85 orang.
Dalam kejadian pada Ahad itu, kira-kira 900 orang sempat dipindahkan sebelum insiden tanah runtuh dan banjir lumpur berlaku.
Tragedi yang mengakibatkan lebih 90 orang hilang itu turut menyebabkan letupan gas.
Topic Berkaitan
#China
#pasukan penyelamat
#Shenzhen
#tanah runtuh
#zon perindustrian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan