[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

Tanah runtuh di Chile mengorbankan lima nyawa

Malissa Sahari 17/12/2017 | 21:53 MYT
Presiden Chile, Michelle Bachelet turut mengisytihar kawasan berkenaan sebagai zon bencana. - Foto CARABINEROS DE CHILE/via REUTERS
Hujan lebat sejak beberapa hari lalu yang melanda kawasan perkampungan di Los Lagos, Selatan Chile mengakibatkan kejadian tanah runtuh sehingga mengorbankan lima nyawa sementara 15 yang lain dipercayai masih hilang.
Presiden Chile, Michelle Bachelet turut mengisytihar kawasan berkenaan sebagai zon bencana.
Pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan helikopter dalam membantu mangsa yang dipercayai masih terperangkap.
Insiden terbabit turut memusnahkan 20 deretan rumah.
Perkhidmatan air dan elektrik dilaporkan turut terjejas akibat bencana itu.
#air #banjir #Chile #elektrik #hilang #hujan lebat #kematian #Los Lagos #rumah #SAR #tanah runtuh #zon bencana