Sebelas orang dipercayai maut akibat tertimbus runtuhan tanah lumpur dalam hujan lebat, ketika sedang melombong emas secara haram di daerah Merangin, Jambi di Sumatera semalam.
Media dalam talian hari ini memetik Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulan Bencana Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, pihaknya masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat dan setakat ini masih belum menemui mangsa terbabit.
Beliau berkata pada kejadian kira-kira 5 petang semalam, kesemua 11 mangsa dikatakan tertimbus runtuhan tanah lumpur setelah hujan lebat berterusan selama beberapa jam.
"Sampai saat ini belum ada mangsa yang dievakuasi dan kami mendapat maklumat kesemua 11 orang itu sedang menjalankan aktiviti melombong dalam hujan lebat dan secara tiba-tiba runtuhan tanah menutup lubang lombong sedalam kira-kira lebih 50 meter itu," katanya.
Katanya, kerja-kerja membawa pengangkutan dan peralatan mencari dan menyelamat menjadi sukar kerana kawasan kejadian yang jauh di pedalaman manakala kedalaman lubang yang digali adalah melebihi 50 meter dan memerlukan pelbagai alat bantuan.
Beliau berkata, pasukannya masih berusaha untuk menyedut lumpur dan air yang menutupi lubang lombong untuk mengeluarkan mayat mangsa.
Sutopo berkata berdasarkan laporan oleh keluarga masing-masing, mangsa dikenali sebagai Tami berumur 45 tahun, Yung Tuk (40), Siam (28), Hamzah (55), Catur (30), Jurnal (21), Sito (25), Zulfikar (43), Arman (35), Erwin (45) dan Guntur (35).
Kegiatan melombong emas secara haram di Jambi dilaporkan berlaku secara terbuka oleh masyarakat kampung di daerah Merangin.
Baru-baru ini polis menutup 15 lombong haram dalam kawasan ladang kelapa sawit di daerah itu dan merampas pelbagai perkakasan melombong yang digunakan penduduk.
Bagaimanapun, aktiviti melombong emas secara haram masih dilakukan di kawasan pedalaman kerana terdapat permintaan emas yang tinggi dari daerah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Tanah runtuh di Sumatera: 11 pencari emas dipercayai maut tertimbus
Pihak Badan Nasional Penanggulan Bencana masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat dan setakat ini masih belum menemui mangsa terbabit.