DUNIA
Tanah runtuh Sumatera Barat: Rakyat Malaysia dalam perjalanan ziarah saudara
Erna Lis berkata kejadian berlaku ketika kenderaan yang membawa lapan individu termasuk pemandu berhenti di kawasan Padang Panjang berikutan hujan lebat dan banjir. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia Asrul Nizam Apridwson yang dilaporkan hilang dipercayai akibat tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 November lepas, difahamkan dalam perjalanan menziarahi saudara-mara.
Ringkasan AI
Ibu mangsa, Erna Lis Alam Shah, 52, berkata anak lelakinya itu bersama bapa saudaranya menaiki feri dari Port Dickson ke Dumai pada 26 Nov lepas, sebelum meneruskan perjalanan Ke Padang Pariaman menggunakan perkhidmatan van sewa.
Erna Lis berkata kejadian berlaku ketika kenderaan yang membawa lapan individu termasuk pemandu berhenti di kawasan Padang Panjang berikutan hujan lebat dan banjir.
"Saya difahamkan ketika kejadian kira-kira 11 pagi itu, ada empat penumpang termasuk Asrul Nizam dan adik saya berada dalam kenderaan manakala empat lagi termasuk pemandu berada di luar kenderaan.
" ... ketika kejadian van itu mungkin tertimbus atau dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Erna Lis yang berstatus penduduk tetap berkata dia hanya mengetahui mengenai insiden itu menerusi rakannya yang berhubung dengan seorang daripada mangsa yang terselamat.
Asrul Nizam, 30, yang masih bujang itu menetap bersama ibunya di Sungai Buloh, Selangor dan bekerja sebagai peniaga makanan
Setakat ini, keluarganya masih menunggu maklumat terkini daripada pihak berkuasa Indonesia.
"Saya berharap anak saya selamat, namun reda sekiranya takdir menentukan sebaliknya. Setidak-tidaknya biarlah jumpa jenazahnya dalam keadaan apa sekalipun," katanya.
Semalam, media melaporkan Kementerian Luar Negeri mengesahkan kehilangan Asrul Nizam dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat dan polis tempatan (Polres Padang Panjang) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Asrul Nizam Apridwson, rakyat Malaysia yang hilang di Padang Panjang, Sumatera Barat, dipercayai terlibat dalam tanah runtuh semasa menziarahi saudara-mara.
- Ibu mangsa, Erna Lis Alam Shah, menerangkan bahawa Asrul Nizam bersama bapa saudaranya menaiki feri dari Port Dickson ke Dumai sebelum kejadian berlaku.
- Keluarga Asrul Nizam masih menanti maklumat terkini daripada pihak berkuasa Indonesia, sementara Konsulat Jeneral Malaysia di Medan turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.