DUNIA
'Tanduk radioaktif' kaedah baharu cegah pemburuan haram badak sumbu
Selain memudahkan pengesanan, bahan radioaktif yang disuntik juga menjadikan tanduk tersebut beracun dan tidak sesuai untuk digunakan dalam perubatan tradisional. -Foto AP
CAPE TOWN: Saintis dari Universiti Witwatersrand, Afrika Selatan, telah melancarkan satu pendekatan inovatif bagi membanteras penyeludupan tanduk badak sumbu dengan menyuntik bahan radioaktif ke dalam tanduk haiwan tersebut.
Ringkasan AI
Projek yang dinamakan Rhisotope itu bertujuan menjadikan tanduk badak sumbu mudah dikesan sistem keselamatan nuklear di pintu masuk kastam antarabangsa, sekali gus mengurangkan aktiviti pemburuan haram yang semakin membimbangkan.
Menurut kenyataan rasmi universiti berkenaan, kajian selama enam tahun menunjukkan bahawa suntikan bahan radioaktif tersebut adalah selamat untuk haiwan dan tidak menyebabkan kerosakan sel atau kesan kesihatan jangka panjang.
Setakat ini, sebanyak 20 ekor badak sumbu terlibat dalam ujian lapangan, dan hasilnya menunjukkan keberkesanan dalam mengesan tanduk yang diseludup walaupun disorok dalam kontena besar.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi menyifatkan projek itu sebagai contoh terbaik bagaimana teknologi nuklear boleh dimanfaatkan untuk pemuliharaan biodiversiti global.
Afrika Selatan menempatkan populasi badak sumbu terbesar di dunia, namun lebih 10,000 ekor telah dibunuh dalam tempoh sedekad lalu.
Menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN), hanya sekitar 27,000 ekor badak sumbu masih wujud di seluruh dunia.
Selain memudahkan pengesanan, bahan radioaktif yang disuntik juga menjadikan tanduk tersebut beracun dan tidak sesuai untuk digunakan dalam perubatan tradisional, sekali gus mengurangkan permintaan di pasaran gelap.
Ringkasan AI
- Saintis Afrika Selatan lancar projek Rhisotope suntik bahan radioaktif ke dalam tanduk badak sumbu untuk cegah penyeludupan.
- Kajian enam tahun sahkan kaedah selamat untuk haiwan dan berkesan kesan tanduk diseludup.
- Tanduk jadi beracun dan tidak sesuai untuk perubatan tradisional, kurangkan permintaan pasaran gelap.
Projek yang dinamakan Rhisotope itu bertujuan menjadikan tanduk badak sumbu mudah dikesan sistem keselamatan nuklear di pintu masuk kastam antarabangsa, sekali gus mengurangkan aktiviti pemburuan haram yang semakin membimbangkan.
Menurut kenyataan rasmi universiti berkenaan, kajian selama enam tahun menunjukkan bahawa suntikan bahan radioaktif tersebut adalah selamat untuk haiwan dan tidak menyebabkan kerosakan sel atau kesan kesihatan jangka panjang.
Setakat ini, sebanyak 20 ekor badak sumbu terlibat dalam ujian lapangan, dan hasilnya menunjukkan keberkesanan dalam mengesan tanduk yang diseludup walaupun disorok dalam kontena besar.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi menyifatkan projek itu sebagai contoh terbaik bagaimana teknologi nuklear boleh dimanfaatkan untuk pemuliharaan biodiversiti global.
Afrika Selatan menempatkan populasi badak sumbu terbesar di dunia, namun lebih 10,000 ekor telah dibunuh dalam tempoh sedekad lalu.
Menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN), hanya sekitar 27,000 ekor badak sumbu masih wujud di seluruh dunia.
Selain memudahkan pengesanan, bahan radioaktif yang disuntik juga menjadikan tanduk tersebut beracun dan tidak sesuai untuk digunakan dalam perubatan tradisional, sekali gus mengurangkan permintaan di pasaran gelap.

#Afrika Selatan
#Rhisotope
#suntik bahan radioaktif
#tanduk badak sumbu
#cegah penyeludupan
#Universiti Witwatersrand