Tangga pesawat tumbang dipukul dentuman jet, sembilan cedera

Madiha Abdullah
Oktober 10, 2017 01:18 MYT
Sembilan penumpang dan kru penerbangan Batik Air dilaporkan cedera selepas tangga yang digunakan untuk masuk ke dalam pesawat tumbang pada Isnin. -Gambar hiasan/Reuters
Sembilan penumpang dan kru penerbangan Batik Air dilaporkan cedera selepas tangga yang digunakan untuk masuk ke dalam pesawat tumbang pada Isnin.
Dalam kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmad Yani, Jawa Tengah itu, tangga tersebut tumbang akibat dipukul dentuman jet daripada pesawat Garuda Air.
Jurucakap lapangan terbang memberitahu portal Kompas, sewaktu kejadian, pesawat Batik Air sedang dalam proses membawa naik penumpang yang akan ke Jakarta, manakala pesawat Garuda baharu sahaja mendarat dari Surabaya.
Tangga pesawat itu dipukul dentuman jet yang kuat hingga tumbang dan mengenai beberapa penumpang dan kru.
Kesemua yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.
Kejadian bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan pada jadual penerbangan.
#Batik Air #Garuda Airlines #Jakarta #penerbangan #pesawat #Surabaya