DUNIA
Tanpa DEFA, ASEAN berisiko hilang US$1 trilion - Menteri Digital
Gobind Singh Deo berkata, DEFA bertujuan menjadikan ASEAN sebagai satu pasaran tunggal bagi transaksi digital, sekali gus membuka peluang perniagaan rentas sempadan dengan lebih mudah.
KUALA LUMPUR: Malaysia berharap Digital Economy Framework Agreement (DEFA) ASEAN dapat dimeterai dalam masa terdekat bagi membolehkan negara-negara ASEAN memanfaatkan pasaran digital serantau dengan lebih meluas.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, DEFA bertujuan menjadikan ASEAN sebagai satu pasaran tunggal bagi transaksi digital, sekali gus membuka peluang perniagaan rentas sempadan dengan lebih mudah.
“DEFA ini masih dalam perbincangan dan saya harap kita dapat melihat ia dimeterai dalam masa terdekat, kalau tidak, kita boleh bincang berkenaan dengan satu struktur yang membolehkan kita bergerak ke depan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media ketika menghadiri ASEAN-EU Business Summitt di sini, hari ini.
Gobind menekankan bahawa transformasi digital telah mengubah cara urusan perniagaan dijalankan, dengan platform digital membolehkan lebih banyak transaksi secara dalam talian berbanding sebelum ini.
Beliau turut menyentuh sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka sebanyak 25.5 peratus pada 2025 dan menyasarkan sebanyak 30 peratus pada 2030.
Tambahnya, sekiranya potensi ini diperluas, ia dapat memanfaatkan hampir 700 juta warga negara-negara ASEAN dengan anggaran keuntungan mencecah US$2 trilion menjelang 2030.
“Sekiranya kita tidak ada dokumen yang membolehkan transaksi ini... di mana potensi itu setengah iaitu hanya setakat US$1 trilion.
“Kalau kita tidak bergerak untuk memastikan perjanjian ini dimenterai, kita mungkin kehilangan potensi untuk mendapat manfaat sepenuhnya, iaitu kekurangan lebih kurang US$1 trilion dalam masa tiga hingga lima tahun yang akan datang,” ujarnya lagi.
DEFA ASEAN dijangka akan dimeterai menjelang akhir tahun 2025.
DEFA akan menjadi perjanjian serantau pertama di dunia yang mengikat khusus untuk ekonomi digital, menyesuaikan diri dengan konteks ASEAN dan memastikan semua negara anggota dapat berkongsi manfaatnya tanpa mengira tahap pembangunan digital.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini