awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanpa sokongan AS, Raja Salman Arab Saudi turun takhta - Trump

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2018
10:50 MYT
Tanpa sokongan AS, Raja Salman Arab Saudi turun takhta - Trump
Trump semasa perhimpunan di Southaven, Mississippi semalam berkata, Raja Salman hanya mampu berkuasa selama dua minggu tanpa sokongan tentera AS. - Foto fail Bandar Algaloud/Courtesy of Saudi Royal Court/Hand
SIKAP bodoh sombong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin menjadi-jadi apabila beliau membuat kenyataan tidak diplomatik mengenai hubungan baiknya dengan pemimpin Arab Saudi, Raja Salman.
Trump semasa perhimpunan di Southaven, Mississippi semalam berkata, Raja Salman hanya mampu berkuasa selama dua minggu tanpa sokongan tentera AS.
"Kami melindungi Arab Saudi bukan sebab mereka kaya atau saya menyukai Raja Salman.
"Saya katakan kepadanya, dia mungkin bertahan selama dua minggu tanpa sokongan kami," kata Trump sambil mendapat tepukan gemuruh penyokongnya.
Trump bagaimanapun tidak mengulas lanjut bila beliau membuat kenyataan itu kepada Raja Salman.
Minggu lalu, Trump menjadi bahan ketawa pemimpin dunia dan delegasi semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Trump membuat kenyataan 'masuk bakul angkat sendiri' apabila memuji pentadbirannya sebagai paling cekap dalam sejarah AS.
Hadirin yang mendengar ucapan itu bagaimanapun tidak memberi tepukan sebaliknya mentertawakan Trump. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#AS
#Donald Trump
#New York
#perhimpunan
#Raja Salman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan