DUNIA
Tapak Warisan UNESCO Vietnam alami banjir terburuk dalam beberapa dekad
Struktur ikonik tenggelam sepenuhnya di bawah air bah, dengan hanya bumbung Pavilion Nghinh Luong di Hue kelihatan di atas paras Sungai Huong yang melimpah. - Gambar Reuters
DA NANG (Vietnam): Dua tapak Warisan Dunia Pertubuhan Sains, Pelajaran dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Vietnam - Kompleks Monumen Hue dan Bandar Purba Hoi An - di bandar Hue dan Da Nang di wilayah tengah, mengalami banjir terburuk dalam beberapa dekad, memaksa pihak berkuasa perbandaran menangani ancaman iklim yang semakin meningkat terhadap aset budaya yang tidak ternilai.
Ringkasan AI
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), struktur ikonik tenggelam sepenuhnya di bawah air bah, dengan hanya bumbung Pavilion Nghinh Luong di Hue kelihatan di atas paras Sungai Huong yang melimpah.
Arus deras merempuh pintu gerbang diraja, menenggelamkan keseluruhan Dai Noi (Istana Imperial) dengan halaman dan laluan dipenuhi air sedalam 1.2 hingga 1.5 meter.
Pusat Pemuliharaan Monumen Hue (HMCC) melaporkan beberapa istana dalam Kubu Kota Imperial ditenggelami air sedalam 0.2 hingga 0.3 meter, manakala halaman makam diraja mencatat paras air sehingga 1.7 meter.
Dalam insiden paling serius, bahagian tembok utara Kubu sepanjang 14 meter runtuh sekitar 6.45 pagi pada 2 Nov, antara kerosakan warisan paling besar direkodkan akibat bencana itu.
Di hilir sepanjang sistem sungai Vu Gia -Thu Bon, rumah kayu berusia ratusan tahun dan jalan-jalan berhias tanglung di Hoi An kekal ditenggelami air selama beberapa hari, menjejaskan kehidupan harian dan menyebabkan kerosakan meluas kepada seni bina bersejarah yang sudah berusia.
Pusat Pengurusan dan Pemuliharaan Warisan Budaya Hoi An (HACCHMP) berkata kira-kira 30 tapak tinggalan telah rosak, sembilan daripadanya kritikal dan 14 lagi dalam keadaan teruk.
Pusat itu menggesa pihak berkuasa Da Nang untuk segera membaiki atau membuka sementara 10 struktur yang sebelum ini diperkukuh tetapi kini dianggap terlalu tidak stabil, sambil memberi amaran bahawa bangunan itu berisiko runtuh sepenuhnya.
Terletak dalam satu daripada koridor paling mudah terjejas banjir di Vietnam, Hue dan Hoi An telah lama berdepan banjir bermusim, namun kerosakan kerap terhadap bangunan purba akibat cuaca yang lebih ekstrem dan tidak menentu kini menuntut penilaian semula strategi pemuliharaan secara menyeluruh.
Pengarah HMCC Hoang Viet Trung berkata bahagian tembok Kubu yang runtuh itu dijangka dapat dibina semula dalam tempoh dua bulan selepas kelulusan teknikal diperoleh, manakala rancangan pemuliharaan lebih luas bagi tembok perimeter, pagar hiasan dan benteng parit Ngoai Kim Thuy sedang disediakan untuk kitaran pelaburan awam 2026-2030.
Timbalan Pengarah HACCHMP Pham Phu Ngoc pula menggesa Jabatan Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Bandar Da Nang untuk mendapatkan kelulusan bagi pusat itu melantik unit perunding dan institusi penyelidikan bagi menjalankan penilaian kesan iklim menyeluruh berkaitan banjir ekstrem baru-baru ini, dengan hasilnya dijadikan asas langkah pengurangan akan datang.
Beliau turut menggesa pembaikan kecemasan dibiayai kerajaan bagi bangunan warisan dan rumah berisiko dalam zon terlindung Hoi An, mekanisme perkongsian kos antara 40 hingga 100 peratus bagi kerja-kerja pemulihan untuk hartanah tersenarai di seluruh bandar, serta penubuhan dana pemuliharaan khas bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil apabila struktur warisan terancam.
--BERNAMA-VNA
Ringkasan AI
- Banjir terburuk dalam beberapa dekad melanda dua tapak Warisan Dunia UNESCO di Vietnam, Kompleks Monumen Hue dan Bandar Purba Hoi An, mengancam aset budaya yang tidak ternilai.
- Struktur ikonik seperti Istana Imperial di Hue ditenggelamkan air, dengan kerosakan teruk termasuk runtuhan tembok utara Kubu Kota Imperial.
- Kerosakan meluas kepada seni bina bersejarah di Hoi An, menyebabkan keperluan pembaikan segera dengan pelan pemuliharaan menyeluruh diperlukan untuk mengurangkan risiko pada masa hadapan.