[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Tarif barangan elektronik mungkin dikenakan selepas kajian - Greer

Agensi 13/04/2025 | 16:12 MYT
Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Jamieson Greer menyatakan bahawa barangan elektronik yang dikecualikan daripada tarif timbal balik Presiden Donald Trump akan tetap dikenakan tarif tetapi di bawah kategori yang berbeza. - Foto Reuters
WASHINGTON: Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Jamieson Greer menyatakan bahawa barangan elektronik yang dikecualikan daripada tarif timbal balik Presiden Donald Trump akan tetap dikenakan tarif tetapi di bawah kategori yang berbeza.

Ringkasan AI
  • Barangan elektronik yang dikecualikan daripada tarif Trump tetap akan dikenakan tarif lain di bawah kategori keselamatan negara selepas kajian lanjut.
  • Presiden Trump umum tarif asas 10% ke atas semua negara bermula 5 April, dan naikkan tarif ke atas China kepada 125% secara serta-merta.
  • China membalas dengan menaikkan tarif import dari AS kepada 84%, menjadikan konflik perdagangan antara dua kuasa besar semakin memuncak.

Menurut Reuters yang memetik temu bual Greer dalam program Face the Nation di CBS, beliau berkata, produk-produk tersebut akan diletakkan di bawah tarif keselamatan negara.
Katanya, produk-produk itu memerlukan kajian lanjut sebelum kadar tarif dikenakan.
Ia termasuk kajian kepada produk farmaseutikal, semikonduktor, logam dan sebagainya.
Dalam temu bual itu, Greer berkata, buat masa ini tiada rancangan untuk Presiden Trump menghubungi Presiden China Xi Jinping.
Awal bulan ini, Trump mengumumkan apa yang digelarnya sebagai "Hari Pembebasan" bahawa beliau akan mengenakan tarif asas 10 peratus ke atas semua negara bermula 5 April, dengan kadar tambahan untuk ekonomi seperti China dan Kesatuan Eropah (EU) yang mempunyai lebihan dagangan besar dengan AS bermula Rabu.
Pada 9 April, Trump menurunkan kadar tarif baharu ke atas import daripada kebanyakan rakan dagang AS kepada 10 peratus selama 90 hari untuk membenarkan rundingan perdagangan dengan rakan dagangnya.
Trump mengumumkan jeda itu beberapa jam selepas barangan dari hampir 90 negara dikenakan tarif timbal balik yang lebih ketat oleh AS.
Bagaimanapun, di sebalik perkembangan terbaharu itu, Trump mengenakan lebih banyak cukai ke atas China dalam apa yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia.
Presiden AS itu menaikkan tarif yang dikenakan ke atas import dari China kepada 125 peratus "berkuat-kuasa serta-merta".
Beberapa jam sebelum itu, Trump telah menaikkan tarif ke atas barangan dari China kepada 104 peratus.
China kemudian membalas dengan meningkatkan tarif ke atas import dari AS kepada 84 peratus.
#Donald Trump #Xi Jinping #Amerika Syarikat #Jamieson Greer #tarif Trump