[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Tarif AS: China failkan saman terhadap AS menerusi WTO - Kementerian Perdagangan

Bernama 11/04/2025 | 21:15 MYT
Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat bahawa negara itu telah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). - Foto hiasan
BEIJING: Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat, negara itu telah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan langkah terbaharu Washington menaikkan tarif ke atas produk China, lapor Xinhua.
AS pada Khamis mengumumkan kenaikan lanjut apa yang digelar sebagai "tarif timbal balik" ke atas barangan keluaran China.
Menurut jurucakap kementerian itu, langkah tarif AS berkenaan merupakan tindakan buli dan paksaan secara unilateral yang jelas melanggar peraturan WTO selain menjejaskan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan serta orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
"China akan terus mempertahankan hak dan kepentingan sahnya serta bertegas mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa," katanya.
China turut menggesa AS supaya segera membetulkan tindakannya dan membatalkan semua langkah tarif unilateral yang dikenakan ke atas produk China, menurut jurucakap itu.
-- BERNAMA
#tarif AS #China #failkan saman #WTO