DUNIA
Tarif AS mungkin tidak jejas eksport farmaseutikal Singapura serta-merta - Timbalan PM
Gan Kim Yong berkata syarikat-syarikat berkenaan sedang mendapatkan penjelasan daripada pentadbiran AS mengenai kelayakan untuk pengecualian itu. - Facebook Ministry of Health, Singapore
SINGAPURA: Banyak syarikat farmaseutikal berpusat di Singapura sudah mempunyai rancangan untuk melabur dan membina kapasiti di Amerika Syarikat (AS), sekali gus berpotensi layak mendapat pengecualian daripada tarif baharu terhadap produk mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong.
Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan berkata syarikat-syarikat berkenaan kini sedang mendapatkan penjelasan daripada pentadbiran AS mengenai kelayakan untuk pengecualian itu.
"Baru-baru ini, susulan pengumuman itu, kami juga menghubungi mereka semula dan, setakat yang saya faham, ramai daripada mereka memang sudah mempunyai rancangan untuk melabur di AS. Jadi, tarif itu mungkin tidak memberi kesan segera terhadap eksport mereka, memandangkan rancangan untuk membina kapasiti di AS sudah pun ada," katanya kepada media di sini, pada Jumaat.
Presiden AS Donald Trump dalam hantaran di laman Truth Social pada 25 Sept mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif 100 peratus terhadap mana-mana produk farmaseutikal berjenama atau dipatenkan, kecuali jika syarikat berkenaan sedang membina kilang pengeluaran di negara itu.
Gan berkata tarif berkenaan menjadi kebimbangan Singapura kerana eksport farmaseutikal ke AS berjumlah kira-kira S$4 bilion, iaitu 13 peratus daripada eksport domestik Singapura ke negara itu.
Beliau berkata kerajaan turut menghubungi pemain sektor perabot, khususnya mereka yang sudah mengeksport atau merancang mengeksport ke AS, selepas Trump turut mengumumkan tarif 50 peratus ke atas kabinet dapur dan set bilik mandi serta 30 peratus ke atas perabot upholsteri.
Sementara itu, Gan menegaskan Singapura lebih bimbang terhadap tarif daripada perspektif yang lebih luas, memandangkan tarif baharu terus diperkenalkan dari semasa ke semasa.
"Ini bukan sahaja AS mengenakan tarif. Saya fikir, pada masa akan datang, negara lain juga akan mula memperkenalkan tarif bagi melindungi industri mereka sendiri," katanya.
Beliau berkata terdapat kebimbangan mengenai kesan jangka panjang, termasuk bagaimana tarif itu akan menjejaskan pelaburan secara keseluruhan memandangkan banyak negara telah memeterai perjanjian dengan AS serta membuat komitmen pelaburan melangkaui syarikat farmaseutikal.
"Sebahagian daripada pelaburan itu -- sumber dan dana -- sepatutnya boleh disalurkan untuk melabur di Singapura dan rantau ini, tetapi kini terpaksa dialihkan ke AS bagi memenuhi keperluan," katanya, sambil menambah bahawa persekitaran pelaburan akan menjadi lebih kompetitif dalam jangka panjang.
Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan Singapura dengan AS mengenai isu farmaseutikal dan semikonduktor masih berjalan.
-- BERNAMA