INTERNATIONAL
Tarif Trump: Peniaga Cina-AS bimbang kenaikan kos lebih tinggi

Perang dagang global yang dicetuskan tarif besar-besaran oleh Presiden AS Donald Trump semakin memuncak apabila Trump mengancam untuk meningkatkan duti ke atas China pada Isnin. - Foto REUTERS
OAKLAND: Perang dagang global yang dicetuskan tarif besar-besaran oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin memuncak apabila Trump mengancam untuk meningkatkan duti ke atas China pada Isnin.
Penasihat ekonomi White House, Stephen Miran berkata beliau bersedia untuk berunding dengan negara negara yang sedang berusaha untuk mengelakkan tarif setinggi 50 peratus yang dijadualkan berkuat kuasa pada Rabu.
Namun, presiden itu sendiri menolak perbincangan dengan Beijing sambil meningkatkan konfrontasi dengan ekonomi kedua terbesar dunia.
Dalam pada itu, pemilik perniagaan Cina-AS di Oakland, California, menyuarakan bantahan terhadap tarif Trump ke atas import dari China apabila pentadbiran itu mengenakan cukai import keseluruhan sebanyak 54 peratus ke atas barangan dari China, termasuk tambahan 34 peratus di atas tarif sedia ada sebanyak 20 peratus."Banyak perniagaan kecil sedang mengalami kesusahan yang paling teruk. Dan kerana, anda tahu, kos menjalankan perniagaan jauh lebih tinggi. Jadi walaupun orang mungkin membayar lebih namun, perniagaan-perniagaan ini tidak menghasilkan lebih banyak wang sama sekali," kata Presiden, Kamar Perdagangan Chinatown Oakland, Carl Chan.
Dalam masa sama, Taylor Chao yang merupakan peniaga makanan di AS memaklumkan peningkatan duti akan menyebabkan peningkatan harga ketara terhadap barang jualan.
"Kicap, mi, kanji, ini adalah produk pengguna asas. Setiap hari, mereka menggunakan banyak, dalam jumlah yang besar. Tetapi jika anda mengenakan cukai yang begitu tinggi ke atasnya, ia akan meningkatkan harga dengan ketara," katanya.
Sementara itu, harga minyak merosot lebih tiga peratus semalam apabila ketegangan perdagangan yang meningkat antara AS dan China mencetuskan kebimbangan kemelesetan yang akan mengurangkan permintaan untuk minyak mentah.
Harga minyak jatuh tujuh peratus pada Jumaat lalu apabila China menaikkan tarif ke atas barangan AS, meningkatkan perang perdagangan yang menyebabkan pelabur menaikkan harga dalam kebarangkalian kemelesetan yang lebih tinggi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami