awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tatap wajah anak tiga jam sebelum meninggal dunia

Agensi
Agensi
20/02/2019
06:07 MYT
Tatap wajah anak tiga jam sebelum meninggal dunia
Kakitangan Hospital Luton dan Dunstable dilapor berusaha sedaya upaya memudahkan isteri Kinloch, Nicola untuk segera menemui suaminya yang berada di sebuah hospital lain. - Sumber foto Sinar Harian
Seorang ayah sempat menatap wajah anak perempuannya yang baharu dilahirkan tiga jam sebelum lelaki itu meninggal dunia di hospital akibat kanser otak.
Portal berita BBC melaporkan Brett Kinloch, 31 tahun, yang menghembuskan nafas terakhir pada 11 Februari lalu, berpeluang bersama anaknya setelah isterinya dibenarkan keluar dari hospital hanya 50 minit selepas melahirkan bayi tersebut.
Kakitangan Hospital Luton dan Dunstable dilapor berusaha sedaya upaya memudahkan isteri Kinloch, Nicola untuk segera menemui suaminya yang berada di sebuah hospital lain.
"Suami saya menunggu bayi perempuan kami sebelum pergi buat selamanya," kata Nicola yang sempat meletakkan bayi yang dinamakan Ariya itu di pelukan ayahnya untuk kali terakhir.
Menurut Nicola, walaupun anak ketiga mereka itu tidak akan mempunyai kenangan bersama ayahnya ketika membesar, namun dua lagi anaknya masing-masing berusia empat tahun dan 18 bulan sempat merakam detik indah bersama ayah mereka.
Dalam pada itu, Kinloch yang disahkan menghidap kanser otak pada 2015 bersikap positif selama menjalani rawatan penyakitnya itu.
Topic Berkaitan
#anak
#Ariya
#bayi
#Brett Kinloch
#Hospital Luton dan Dunstable
#keluarga
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan