DUNIA
Taufan Bualoi: Vietnam pindahkan 30,000 penduduk, empat dilaporkan hilang
Bot-bot diletakkan di bahu jalan ketika Taufan Bualoi semakin menghampiri, di wilayah Nghe An, Vietnam pada 28 September 2025. - Gambar Reuters
HANOI: Vietnam memindahkan hampir 30,000 penduduk dari kawasan pesisir pada Ahad ketika Taufan Bualoi melanda kawasan tengah negara itu yang menjadi pusat pengeluaran keluli utama.
Menurut Pusat Amaran Taufan Bersama, ribut tropika ke-10 yang melanda Vietnam tahun ini itu membadai daratan selepas jam 10 malam dengan kelajuan angin mencecah 130 kilometer sejam.
Pihak berkuasa pengurusan bencana dan tebatan banjir Vietnam memaklumkan, wilayah dari Ninh Binh hingga Quang Ngai telah memindahkan lebih 28,500 penduduk.
Seorang dilaporkan maut manakala empat lagi hilang.
Di Ha Tinh, yang terkenal sebagai hab utama pengeluaran keluli, lebih 15,000 penduduk dipindahkan ke sekolah dan pusat perubatan yang dijadikan pusat perlindungan sementara.
Hampir 117,000 anggota tentera turut digerakkan bagi operasi kecemasan, sementara empat lapangan terbang domestik ditutup dan semua bot nelayan diarahkan kembali ke pelabuhan.
“Saya agak bimbang tetapi tetap berharap semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Kami selamat selepas taufan Kajiki tempoh hari, dan saya harap kali ini juga tidak terlalu teruk,” kata Nguyen Cuong, 29, penduduk Bandar Ha Tinh kepada AFP.
Pengarah Pusat Ramalan Meteorologi Kebangsaan, Mai Van Khiem memberi amaran bahawa Bualoi merupakan ribut yang bergerak pantas dengan intensiti sangat kuat serta kawasan impak yang luas, berpotensi menyebabkan pelbagai bencana seperti hujan lebat, banjir, tanah runtuh dan limpahan air laut.
Pakar sains sebelum ini telah memberi amaran bahawa perubahan iklim akibat pemanasan global yang didorong aktiviti manusia sedang meningkatkan kekuatan taufan di seluruh dunia.
Sepanjang tujuh bulan pertama 2025, lebih 100 orang maut atau hilang akibat bencana alam di Vietnam, menurut Kementerian Pertanian negara itu.
Tahun lalu, Vietnam mengalami kerugian ekonomi mencecah AS$3.3 bilion akibat Taufan Yagi yang melanda bahagian utara negara dan meragut ratusan nyawa. - Agensi