TAIPEI: Penduduk di Taiwan digesa bersiap sedia hadapi taufan kategori 5 yang dijangka akan membadai pulau itu.

Taufan Chanthu dijangka akan melanda Taiwan pada Ahad dengan kelajuan angin maksima 280km/j.

Ketika ini Taufan Chanthu berada di kedudukan 824km tenggara Taipei.

Menurut Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC), taufan berkenaan sedang bergerak menuju ke Taiwan dengan kelajuan 17km/j.

"Rakaman satelit menunjukkan diameter di pusat taufan berkenaan berukuran 28km.

"Taufan Chanthu dijangka akan tiba di Taiwan pada jam 9 pagi pada Ahad," katanya kepada Watchers News.

Selepas membadai Taiwan, taufan berkenaan dijangka akan menjadi lebih perlahan dengan kelajuan angin 100km/j.