DUNIA
Taufan Chanthu dijangka melanda Taiwan pada Ahad
Bot nelayan yang diikat rapi menjelang Taufan Chanthu yang bakal melanda Taiwan pada Ahad. - Foto REUTERS/Ann Wang
TAIPEI: Penduduk di Taiwan digesa bersiap sedia hadapi taufan kategori 5 yang dijangka akan membadai pulau itu.
Taufan Chanthu dijangka akan melanda Taiwan pada Ahad dengan kelajuan angin maksima 280km/j.
Ketika ini Taufan Chanthu berada di kedudukan 824km tenggara Taipei.
Menurut Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC), taufan berkenaan sedang bergerak menuju ke Taiwan dengan kelajuan 17km/j.
"Rakaman satelit menunjukkan diameter di pusat taufan berkenaan berukuran 28km.
"Taufan Chanthu dijangka akan tiba di Taiwan pada jam 9 pagi pada Ahad," katanya kepada Watchers News.
Selepas membadai Taiwan, taufan berkenaan dijangka akan menjadi lebih perlahan dengan kelajuan angin 100km/j.