awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan di Oklahoma, AS ragut dua nyawa, cederakan beberapa orang lagi

Bernama
Bernama
27/05/2019
09:13 MYT
Taufan di Oklahoma, AS ragut dua nyawa, cederakan beberapa orang lagi
Sebahagian bumbung American Budget Value Inn rosak akibat taufan yang bergerak melalui kawasan tersebut di El Reno, Oklahoma, 26 Mei, 2019. (Foto AP)
Taufan yang melanda negeri Oklahoma, Amerika Syarikat telah meragut dua nyawa dan mencederakan beberapa orang lagi, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan datuk bandar.
Taufan itu merosakkan sebuah hotel dan memusnahkan sebuah taman kediaman mudah alih di bandar El Reno pada Sabtu dalam tempoh semalaman, kata Datuk Bandar Matt White dalam satu sidang akhbar pada awal Sabtu.
"Kami telah mengalami satu kejadian yang begitu traumatik," kata White sambil menambah beberapa orang telah dikejarkan ke hospital di Bandar Oklahoma namun tidak menyatakan jumlah yang tepat.
Selepas tengah malam, satu lagi taufan disahkan melewati kawasan metro di selatan Tulsa.
Datuk bandar itu bagaimanapun tidak membeirkan butiran lanjut mengenai mangsa yang maut.
Minggu lepas, sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila angin ribut yang kuat serta taufan membadai Missouri, menyebabkan kemusnahan besar-besaran.
Pada akhir Mei 2013, El Reno dilanda taufan terbesar dalam sejarah yang menyebabkan lapan orang terbunuh manakala 150 lagi cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#El Reno
#hotel
#Matt White
#maut
#Oklahoma
#taufan
#Tulsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan