Taufan Doksuri: 20 terkorban, 19 hilang di China

Astro Awani
Ogos 2, 2023 01:40 MYT
Beberapa kereta dilihat ditenggelami air selepas Taufan Doksuri menyebabkan hujan lebat di beberapa kawasan di Beijing, China. - Foto REUTERS
BEIJING: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 19 hilang selepas hujan lebat melanda Beijing dan wilayah sekitarnya.
Hujan lebat itu juga dilaporkan menenggelamkan jalan raya dan kawasan kejiranan dengan banjir lumpur.
Taufan Doksuri melanda China sejak Jumaat apabila ia mebadai wilayah Fujian selatan selepas pertama kali menjejaskan Filipina.
Hujan lebat mula melanda Beijing dan kawasan sekitarnya pada Sabtu, dengan purata hujan sepanjang Julai turun dalam tempoh 40 jam secara berterusan.
Kawasan pinggir bandar Beijing kekal teruk dilanda hujan.
Dakwa penduduk, hujan lebat yang melanda ini merupakan terburuk sejak 2012 yang mengorbankan 79 nyawa serta puluhan ribu dipindahkan.
#taufan Doksuri #hujan lebat