Taufan Faxai landa pinggir Tokyo

Astro Awani
September 8, 2019 23:03 MYT
Taufan Faxai mula melanda ibu kota Jepun mengakibatkan bekalan elektrik terputus di sekitar pinggir bandar Tokyo. -Reuters
Taufan Faxai mula melanda wilayah berhampiran ibu kota Jepun pada Isnin mengakibatkan bekalan elektrik terputus di sekitar pinggir bandar Tokyo.
Taufan dengan kelajuan angin mencecah 210 kilometer sejam (km/j) serta hujan lebat itu turut menjejaskan sistem pengangkutan awam dengan kira-kira 100 kereta api laju dan 100 penerbangan dibatalkan.
Menurut syarikat pembekalan elektrik Tokyo Electric Power, kira-kira 290,000 orang terjejas apabila bekalan elektrik terputus akibat angin kencang.
Setakat ini, tiada insiden kecederaan dilaporkan walaupun Faxai dipercayai bakal mengakibatkan kemusnahan teruk.
#bekalan elektrik terputus #faxai #kediaman terjejas #kemusnahan teruk #pengangkutan awam #taufan #Tokyo