DUNIA

Taufan Fung-wong landa Taiwan

Bernama 13/11/2025 | 04:40 MYT
Taufan Fung-wong melanda kawasan Pingtung di selatan Taiwan pada 7.40 malam Rabu. -Foto Reuters
TAIPEI: Taufan Fung-wong melanda kawasan Pingtung di selatan Taiwan sekitar 7.40 malam Rabu, menurut pihak berkuasa meteorologi pulau itu.


Ringkasan AI
  • Taufan Fung-wong melanda kawasan Pingtung di selatan Taiwan pada 7.40 malam Rabu, mengikut pihak berkuasa meteorologi pulau itu.
  • Amaran angin kencang dikeluarkan untuk beberapa bahagian di Daerah Penghu, sementara kawasan lain dijangka terjejas.
  • Kerugian pertanian akibat taufan itu diperkirakan mencecah 11.22 juta Dolar New Taiwan hingga kini menurut pihak berkuasa pertanian.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran angin kencang untuk beberapa bahagian di Daerah Penghu, manakala kawasan lain dijangka mengalami cuaca buruk.

Antara wilayah yang dijangka menerima hujan lebat ialah Keelung, Kaohsiung, Pingtung, Yilan, Hualien, Taitung dan kawasan pergunungan sekitar Taipei.

Setakat 5 petang Rabu, taufan itu mengakibatkan kerugian pertanian mencecah 11.22 juta Dolar New Taiwan (kira-kira US$360,000), menurut pihak berkuasa pertanian.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kawasan di Taiwan yang terjejas oleh Taufan Fung-wong?
    A: Taufan Fung-wong melanda kawasan Pingtung di selatan Taiwan dan beberapa bahagian Di Daerah Penghu.
  • Q: Berapakah jumlah kerugian pertanian yang disebabkan oleh Taufan Fung-wong?
    A: Kerugian pertanian akibat taufan itu diperkirakan mencecah 11.22 juta Dolar New Taiwan menurut pihak berkuasa pertanian.
  • Q: Apakah amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa meteorologi di Taiwan?
    A: Amar amaran angin kencang dikeluarkan untuk beberapa bahagian di Daerah Penghu dan kawasan lain dijangka mengalami cuaca buruk.



#Taiwan #fung-wong #taufan #Pingtung