awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Ian membadai Tonga

AFP
AFP
13/01/2014
00:09 MYT
Taufan Ian membadai Tonga
Taufan paling kuat yang membadai destinasi pelancongan di Tonga yang terletak di Selatan Pasifik memusnahkan kawasan perkampungan, tumbuh-tumbuhan serta meragut satu nyawa, menurut jurucakap pada Ahad.
Kira-kira 70 peratus rumah dan bangunan di tengah-tengah kawasan kepualaun Ha'apai yang mempunyai kira-kira 8,000 penduduk rosak atau musnah disebabkan Taufan Ian.
Kerajaan Tonga mengisytiharkan darurat di wilayah Ha'apai selepas angin pada kelajuan 200 kilometer sejam membadai sekitar perkampungan yang terletak di kawasan pantai.
Walaupun laporan awal memaklumkan taufan yang membadai pada Sabtu itu hanya menyebabkan kerosakkan kecil, namun selepas sistem komunikasi berjaya diperbaiki, tahap kemusnahan sebenar mula dikesan.
"70 peratus rumah (di Ha'apai) sama ada rosak atau diterbangkan, dan selebihnya 30 peratus terkesan disebabkan air," Komander Tentera Tonga, Satisi Vunipola memberitahu wartawan.
Penduduk pulau utama di Ha'apai, Lifuka dilaporkan berkumpul di gereja sebagai tempat perlindungan selepas rumah mereka musnah dibadai Taufan yang mengganas itu.
Jurucakap Pengurusan Kecemasan New Zealand, Ian Wilson memberitahu bahawa Lifuka berada dalam laluan perjalanan Taufan tersebut.
"Apa sahaja yang berada di pulau tersebut telah musnah, sama ada bangunan, tanaman, jalan raya atau infrastruktur, semuanya habis rosak," kata Wilson, sambil menambah kesan kemusnahan yang amat teruk itu sukar untuk digambarkan.
"Tiada komunikasi langsung. Kami ada telefon satelit tetapi juga tidak berfungsi. Ia memang serius. Taufan tersebut terus membadai dari kawasan atas pulau."
Topic Berkaitan
#Kepulauan Ha'apai
#Selatan Pasifik
#taufan
#Taufan Ian
#Tonga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan