Taufan Ida: Bencana berlaku akibat perubahan iklim - Biden

Astro Awani
September 8, 2021 00:01 MYT
Biden percaya bencana Taufan Ida yang melanda timur laut negara itu adalah ekoran perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia. -Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden percaya bencana Taufan Ida yang melanda timur laut negara itu adalah ekoran perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia.
Biden berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke kawasan terjejas untuk meninjau kesan taufan.
Selain timur laut AS, beberapa negeri termasuk New Jersey serta New York turut terjejas akibat Taufan Ida.
Biden dalam pada itu meminta perbelanjaan persekutuan diperuntukkan bagi memperbaiki kemudahan dan membantu mereka yang terjejas.
Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh di enam negeri timur negara itu.
Hujan serta limpahan sungai menyebabkan banjir ketika taufan melanda.
Beberapa mangsa dilapor terperangkap di pangsapuri dan parkir bawah tanah.
Beberapa kejadian puting beliung turut dilaporkan.
#Amerika Syarikat #Joe Biden #Taufan Ida #puting beliung