NEW YORK: Ribut Tropika Idalia bertambah kuat dan bertukar taufan Kategori 2 pada petang Selasa ketika menuju ke arah Pantai Teluk di negeri Florida Amerika Syarikat (AS) dan dengan jangkaan mendarat pada pagi Rabu, memaksa pengisytiharan kecemasan, pemindahan besar-besaran dan pembatalan penerbangan.
Taufan itu diramal menjadi "taufan besar yang sangat berbahaya" dan melanda Pantai Teluk, menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS, lapor Xinhua.
Ia boleh meningkat sekurang-kurangnya kepada taufan Kategori 3, yang diklasifikasikan sebagai taufan besar yang membawa angin kencang dan potensi gelombang ribut setinggi 10 hingga 15 kaki.
Idalia meletakkan sebahagian besar daripada 21 juta penduduk Florida, serta mereka yang berada di bahagian selatan Georgia dan Carolina Selatan, di bawah amaran dan nasihat taufan, ribut tropika dan luruan ribut.
Gabenor Florida Ron DeSantis pada Isnin mengisytiharkan darurat di 46 daerah dan diperluaskan kepada 49 daerah pada Selasa.
Menurut pegawai tempatan, lebih 5,500 tentera simpanan telah digerakkan dan lebih 580 penyelamat telah ditempatkan sebagai persiapan menghadapi ribut.
Notis berpindah juga dikeluarkan di sekurang-kurangnya 22 daerah di negeri ini, kebanyakannya melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan pantai.
Gabenor Carolina Utara Roy Cooper juga mengisytiharkan darurat pada Selasa.
Beratus-ratus penerbangan dibatalkan apabila dua lapangan terbang terbesar di wilayah itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa dan Lapangan Terbang Antarabangsa St. Pete-Clearwater, menggantung operasi pada Selasa.
Sekurang-kurangnya 42 daerah sekolah juga mengumumkan penutupan dalam tempoh dua hari akan datang, bersama-sama 16 kolej negeri dan tujuh universiti.
Sementara itu, menurut kenyataan Tentera Udara AS, Pangkalan Tentera Udara MacDill di Teluk Tampa telah bersedia untuk memindahkan beberapa pesawat dan memulakan pemindahan mandatori anggotanya yang tinggal di daerah tempatan
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Taufan Idalia diramal menjadi "taufan besar yang sangat berbahaya" dan melanda Pantai Teluk, menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS. - Foto REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Taufan Idalia memaksa pemindahan, pembatalan penerbangan di Florida
Ribut Tropika Idalia bertambah kuat dan bertukar taufan Kategori 2 pada petang Selasa.
Taufan Idalia dijangka melanda Florida
Pada isnin, Taufan Idalia berada kira-kira 60 kilometer dari hujung barat Cuba dengan kelajuan angin 110 kilomter per jam.