DUNIA
Taufan Kalmaegi menuju Thailand selepas ragut 188 nyawa di Filipina, 5 di Vietnam
Kemusnahan besar akibat Taufan Kalmaegi yang meragut sekurang-kurangnya 188 nyawa di Filipina. -Foto Facebook
BANGKOK: Taufan Kalmaegi kini bergerak ke arah Thailand selepas menyebabkan kemusnahan besar di Filipina dan Vietnam, dengan sekurang-kurangnya 188 kematian direkodkan di Filipina dan lima lagi di Vietnam.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Di Filipina, Presiden Ferdinand Marcos Jr telah mengisytiharkan darurat nasional selepas ribut tropika itu melanda wilayah tengah seperti Cebu dan Negros, mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh dan gangguan bekalan elektrik kepada lebih 1.6 juta isi rumah.
Seramai 135 individu masih dilaporkan hilang.
Kalmaegi kemudiannya membadai Vietnam pada malam Khamis, menyebabkan lima kematian — tiga di Dak Lak dan dua di Gia Lai — serta mencederakan tujuh orang dan merosakkan lebih 2,800 rumah.
Lebih 1.3 juta penduduk terputus bekalan elektrik, manakala 537,000 telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Pihak berkuasa Thailand kini bersiap siaga menghadapi kemungkinan hujan lebat dan banjir di wilayah timur laut dan utara negara itu, termasuk Chiang Rai, Nan, Loei dan Phayao.
Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran ribut tropika dan menjangkakan hujan sehingga 300 milimeter di beberapa kawasan antara 7 hingga 10 November.
Kalmaegi, yang kini telah lemah menjadi ribut tropika, dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir kilat serta tanah runtuh sebelum bergerak ke arah Laos dan Kemboja.
Jabatan Pengairan Diraja Thailand turut meningkatkan pelepasan air dari Empangan Chao Phraya sebagai langkah mengurangkan impak limpahan sungai.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Taufan Kalmaegi menyebabkan kemusnahan besar di Filipina dan Vietnam, dengan sekurang-kurangnya 188 kematian dilaporkan di Filipina dan lima lagi di Vietnam.
- Presiden Ferdinand Marcos Jr. mengisytiharkan darurat nasional di Filipina selepas ribut tropika Kalmaegi melanda wilayah tengah, menyebabkan banjir kilat, tanah runtuh, dan gangguan bekalan elektrik kepada lebih 1.6 juta isi rumah, dengan 135 individu masih dilaporkan hilang.
- Kalmaegi mencederakan lima orang di Vietnam, merosakkan lebih 2,800 rumah, dan terputus bekalan elektrik kepada lebih 1.3 juta penduduk, manakala 537,000 telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak berkuasa Thailand bersiap siaga menghadapi hujan lebat dan banjir di wilayah timur laut dan utara negara itu, dengan amaran ribut tropika dan jangkaan hujan sehingga 300 milimeter di beberapa kawasan antara 7 hingga 10 November.
Di Filipina, Presiden Ferdinand Marcos Jr telah mengisytiharkan darurat nasional selepas ribut tropika itu melanda wilayah tengah seperti Cebu dan Negros, mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh dan gangguan bekalan elektrik kepada lebih 1.6 juta isi rumah.
Seramai 135 individu masih dilaporkan hilang.
Kalmaegi kemudiannya membadai Vietnam pada malam Khamis, menyebabkan lima kematian — tiga di Dak Lak dan dua di Gia Lai — serta mencederakan tujuh orang dan merosakkan lebih 2,800 rumah.
Lebih 1.3 juta penduduk terputus bekalan elektrik, manakala 537,000 telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Pihak berkuasa Thailand kini bersiap siaga menghadapi kemungkinan hujan lebat dan banjir di wilayah timur laut dan utara negara itu, termasuk Chiang Rai, Nan, Loei dan Phayao.
Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran ribut tropika dan menjangkakan hujan sehingga 300 milimeter di beberapa kawasan antara 7 hingga 10 November.
Kalmaegi, yang kini telah lemah menjadi ribut tropika, dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir kilat serta tanah runtuh sebelum bergerak ke arah Laos dan Kemboja.
Jabatan Pengairan Diraja Thailand turut meningkatkan pelepasan air dari Empangan Chao Phraya sebagai langkah mengurangkan impak limpahan sungai.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa jumlah kematian yang telah direkodkan akibat Taufan Kalmaegi di Filipina?
A: Sekurang-kurangnya 188 kematian direkodkan di Filipina akibat Taufan Kalmaegi. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Presiden Ferdinand Marcos Jr. di Filipina berikutan ribut tropika itu?
A: Presiden Ferdinand Marcos Jr. telah mengisytiharkan darurat nasional di Filipina berikutan ribut tropika tersebut. - Q: Berapakah jumlah individu yang masih dilaporkan hilang akibat Taufan Kalmaegi di Filipina?
A: Seramai 135 individu masih dilaporkan hilang akibat Taufan Kalmaegi di Filipina. - Q: Berapakah jumlah rumah yang telah rosak di Vietnam akibat Taufan Kalmaegi?
A: Taufan Kalmaegi telah merosakkan lebih 2,800 rumah di Vietnam. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Thailand berikutan kemungkinan hujan lebat dan banjir?
A: Pihak berkuasa Thailand bersiap siaga dan mengeluarkan amaran ribut tropika, serta menjangkakan hujan sehingga 300 milimeter di beberapa kawasan untuk menghadapi kemungkinan hujan lebat dan banjir.