DUNIA
Taufan Kalmaegi ragut lima nyawa di Vietnam, lebih sejuta terputus bekalan elektrik
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan, namun terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang buruk. -Gambar fail/Reuters
HANOI: Sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan terkorban apabila Taufan Kalmaegi membadai kawasan tengah Vietnam lewat malam Khamis, membawa angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan kerosakan meluas serta pemindahan besar-besaran.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Vietnam, dua kematian berlaku di wilayah Gia Lai dan Dak Lak, manakala tiga nelayan dilaporkan hilang selepas bot mereka dihanyutkan ombak besar berhampiran Pulau Ly Son di Quang Ngai.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan, namun terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang buruk.
Taufan Kalmaegi, yang sebelum ini meragut sekurang-kurangnya 188 nyawa di Filipina, telah menumbangkan pokok, merosakkan kediaman dan tiang elektrik, serta menyebabkan gangguan bekalan kuasa di lebih 1.3 juta kediaman di wilayah seperti Da Nang, Quang Ngai dan Dak Lak.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan berterusan sehingga 200 milimeter dijangka melanda wilayah dari Thanh Hoa hingga Quang Tri, dengan paras sungai yang meningkat dari Hue ke Dak Lak berpotensi mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
Lebih 537,000 penduduk telah dipindahkan, kebanyakannya melalui laluan air, sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir besar dan gelombang ribut. Sekitar 2,800 rumah dilaporkan rosak dan tujuh orang cedera.
Kalmaegi, yang kini telah lemah menjadi ribut tropika, sedang bergerak ke arah Kemboja. Vietnam sebelum ini telah mengalami hujan rekod sepanjang minggu, menjadikan impak taufan ini lebih parah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dalam Taufan Kalmaegi di Vietnam, menyebabkan kerosakan meluas dan pemindahan besar-besaran.
- Dua kematian dilaporkan di Gia Lai dan Dak Lak, manakala tiga nelayan hilang berhampiran Pulau Ly Son; operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan.
- Lebih 537,000 penduduk dipindahkan di Vietnam, 2,800 rumah rosak dan tujuh orang cedera akibat ribut tropika ini.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Vietnam, dua kematian berlaku di wilayah Gia Lai dan Dak Lak, manakala tiga nelayan dilaporkan hilang selepas bot mereka dihanyutkan ombak besar berhampiran Pulau Ly Son di Quang Ngai.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan, namun terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang buruk.
Taufan Kalmaegi, yang sebelum ini meragut sekurang-kurangnya 188 nyawa di Filipina, telah menumbangkan pokok, merosakkan kediaman dan tiang elektrik, serta menyebabkan gangguan bekalan kuasa di lebih 1.3 juta kediaman di wilayah seperti Da Nang, Quang Ngai dan Dak Lak.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan berterusan sehingga 200 milimeter dijangka melanda wilayah dari Thanh Hoa hingga Quang Tri, dengan paras sungai yang meningkat dari Hue ke Dak Lak berpotensi mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
Lebih 537,000 penduduk telah dipindahkan, kebanyakannya melalui laluan air, sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir besar dan gelombang ribut. Sekitar 2,800 rumah dilaporkan rosak dan tujuh orang cedera.
Kalmaegi, yang kini telah lemah menjadi ribut tropika, sedang bergerak ke arah Kemboja. Vietnam sebelum ini telah mengalami hujan rekod sepanjang minggu, menjadikan impak taufan ini lebih parah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menyebabkan kematian sekurang-kurangnya lima orang di Vietnam berikutan Taufan Kalmaegi?
A: Angin kencang dan hujan lebat yang membawa kerosakan meluas serta pemindahan besar-besaran. - Q: Di manakah dua kematian dilaporkan berlaku berikutan Taufan Kalmaegi di Vietnam?
A: Wilayah Gia Lai dan Dak Lak. - Q: Apakah tindakan yang diambil pihak berkuasa Vietnam berhadapan dengan ancaman banjir dan tanah runtuh akibat taufan?
A: Lebih 537,000 penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir besar dan gelombang ribut. - Q: Berapa jumlah rumah yang dilaporkan rosak akibat Taufan Kalmaegi di Vietnam?
A: Sekitar 2,800 rumah dilaporkan rosak. - Q: Ke manakah Taufan Kalmaegi kini bergerak seterusnya selepas melanda Vietnam?
A: Taufan Kalmaegi kini lemah menjadi ribut tropika dan bergerak ke arah Kemboja.