DUNIA
Taufan Matmo ragut 15 nyawa, Vietnam rayu bantuan antarabangsa
Lebih 225,000 rumah telah ditenggelami air dan lebih 1,500 lagi rosak teruk. - Gambar/ AP
HANOI: Hujan lebat dan banjir yang dicetuskan oleh Taufan Matmo meragut 15 nyawa dan mencederakan lapan yang lain di wilayah utara dan utara-tengah Vietnam, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Empangan Vietnam pada Jumaat, lapor Xinhua.
Lebih 225,000 rumah telah ditenggelami air dan lebih 1,500 lagi rosak teruk, manakala kira-kira 24,000 hektar sawah padi dan tanaman lain turut musnah akibat banjir. Hampir 587,000 ternakan dan unggas mati atau hanyut dibawa arus. Taufan itu turut menyebabkan gangguan serius kepada perkhidmatan pengangkutan dengan 27 laluan jalan raya terputus akibat banjir dan tanah runtuh, menurut agensi berkenaan.
Bekalan elektrik turut terputus membabitkan kira-kira 181,000 isi rumah, manakala rangkaian telekomunikasi di beberapa wilayah masih mengalami gangguan sebahagian, tambahnya.
Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada Khamis mengarahkan kementerian dan agensi berkaitan supaya segera membantu pihak berkuasa tempatan dalam usaha mengatasi kesan taufan Matmo, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) pada Jumaat.
Sementara itu, Vietnam turut merayu kepada rakan-rakan antarabangsa supaya menyalurkan bantuan kecemasan dan pemulihan susulan siri bencana alam teruk yang melanda negara itu tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar pada mesyuarat di Hanoi bersama pertubuhan antarabangsa dan kedutaan di bawah Perkongsian Pengurangan Risiko Bencana.
Timbalan Menteri Nguyen Hoang Hiep berkata kerugian ekonomi dianggarkan berjumlah 35 trilion dong Vietnam (kira-kira US$1.3 bilion) dan bencana tersebut dijangka mengurangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu sebanyak 0.2 peratus, menurut laporan media tempatan VNExpress.
Setakat tahun ini, Vietnam telah mengalami 11 taufan termasuk enam yang melanda daratan, serta empat lekukan tropika yang mengorbankan 238 nyawa dan mencederakan hampir 400 orang, selain menyebabkan kerosakan besar kediaman, tanah pertanian dan infrastruktur awam, menurut laporan itu.
-- BERNAMA