awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Nangka melanda Jepun, 2 maut

Agensi
Agensi
17/07/2015
07:51 MYT
Taufan Nangka melanda Jepun, 2 maut
Taufan Nangka melanda Jepun pada Jumaat dan mengorbankan dua individu sehingga kini.
Taufan kuat melanda Jepun pada Jumaat sekaligus mengakibatkan banjir besar.
Kerajaan menggesa 230,000 penduduk berpindah selepas angin kuat yang dinamakan Taufan Nangka itu mengorbankan dua individu.
Angin kuat selaju 126 kilometer (78 batu) sejam itu mendekati kepulauan Honshu selepas melanda Cape Muroto di Pulau Shikoku pada Khamis.
Agensi Meteorologi Jepun menyatakan, Taufan Nangka dilihat menghampiri wilayah berhampiran Tottori di barat Jepun pada tengah hari Jumaat, pada masa yang sama menghala ke utara dengan kelajuan 15 kilometer sejam ke arah kawasan laut.
Taufan Nangka menjejaskan sekurang-kurangnya 94 penerbangan domestik selain menyebabkan trafik teruk di beberapa kawasan utama.
Rakaman televisyen menunjukkan limpahan air berlumpur di sungai Naka, Tokushima menenggelamkan tingkat dua bangunan sekolah berhampiran.
Agensi cuaca turut mengeluarkan amaran banjir, angin ribut, tanah runtuh dan ombak besar di selatan Jepun.
Dianggarkan 39 orang cedera setakat ini.
Topic Berkaitan
#Cape Muroto
#Honshu
#Jepun
#Pulau Shikoku
#Taufan Nangka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan