DUNIA
Taufan Podul landa Taiwan, ribuan dipindahkan, penerbangan dibatalkan
Sebuah motosikal yang diparkir tumbang akibat tiupan angin kencang dan hujan lebat di Pulau Green, di pesisir timur Taiwan. -Gambar fail/Instagram via Reuters
KAOHSIUNG: Taufan Podul melanda pantai tenggara Taiwan pada Rabu, membawa angin kencang sehingga 191 kilometer sejam dan hujan lebat yang mencetuskan pemindahan besar-besaran serta gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan dan aktiviti harian.
Ringkasan AI
Menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA), Podul membuat pendaratan sekitar jam 1 petang di Daerah Taitung sebelum dijangka melintasi kawasan barat Taiwan dan menuju ke Selat Taiwan serta wilayah Fujian di China.
Lebih 5,500 penduduk telah dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi, termasuk Kaohsiung, Pingtung, Hualien dan Taitung.
Sembilan bandar dan daerah mengumumkan penutupan sekolah dan tempat kerja, manakala semua penerbangan domestik serta lebih 129 penerbangan antarabangsa dibatalkan.
“Angin sangat kuat dan kami bimbang akan kerosakan seperti taufan lalu,” kata seorang nelayan di Kaohsiung, Huang Wei, kepada AFP.
CWA menjangkakan hujan lebat sehingga 600 milimeter di kawasan pergunungan selatan dalam tempoh tiga hari, berisiko menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat.
Perkhidmatan feri dan kereta api di tenggara turut digantung, manakala kereta api laju di pantai barat dikurangkan.
Taufan Podul hadir selepas siri ribut dan hujan ekstrem yang melanda Taiwan sejak Julai, termasuk Taufan Danas yang mengorbankan dua orang dan mencederakan ratusan.
Minggu lalu, hujan melebihi jumlah tahunan telah direkodkan di beberapa kawasan selatan, menyebabkan empat kematian dan puluhan kecederaan.
Pihak berkuasa Taiwan telah menggerakkan lebih 31,000 anggota tentera untuk membantu operasi pemindahan, penyelamatan dan pemulihan pasca taufan.
Ringkasan AI
- Taufan Podul melanda tenggara Taiwan dengan angin sehingga 191 km/j dan hujan lebat, menyebabkan pemindahan lebih 5,500 penduduk serta gangguan besar kepada pengangkutan.
- Beberapa bandar menutup sekolah dan tempat kerja, manakala penerbangan dan perkhidmatan kereta api turut dibatalkan atau digantung.
- Pihak berkuasa menggerakkan lebih 31,000 anggota tentera untuk operasi pemindahan dan pemulihan, dengan risiko tinggi tanah runtuh dan banjir kilat di kawasan pergunungan.