DUNIA
Taufan Ragasa: 14 maut air tasik melimpah, tenggelamkan penempatan di Taiwan
Di seluruh Taiwan, sekurang-kurangnya 34 orang cedera dalam insiden berkaitan taufan, menurut pihak berkuasa. - Gambar/ Reuters
TAIPEI: Taiwan melaporkan sekurang-kurangnya 14 kematian pada Rabu akibat Taufan Ragasa yang membawa hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan air melimpah daripada sebuah tasik ke kawasan penempatan berhampiran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC), tasik yang terbentuk di kawasan pergunungan Hualien selepas taufan pada Julai lepas itu melimpahkan air pada Selasa dan menenggelamkan kawasan sekitarnya. Pihak berkuasa berkata 124 penduduk di kawasan terjejas masih dilaporkan hilang.
Lebih 8,000 penduduk kampung telah dipindahkan lebih awal minggu ini ketika taufan mula menghampiri pada Isnin.
Rakaman televisyen menunjukkan arus deras memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah jambatan, dengan penduduk memanjat kenderaan dan bangunan untuk menunggu bantuan ketika air berlumpur hitam melanda Pekan Guangfu. Jalan raya musnah akibat banjir manakala landasan kereta api turut ditenggelami air.
Di seluruh Taiwan, sekurang-kurangnya 34 orang cedera dalam insiden berkaitan taufan, menurut pihak berkuasa.
Perdana Menteri Cho Jung-tai dijadual melawat kawasan bencana di Hualien pada Rabu untuk menilai kerosakan jambatan serta memantau usaha bantuan.
Taufan Ragasa melalui berhampiran Taiwan dan Filipina antara Selasa dan Rabu, dan dijangka membadai selatan China pada Rabu dengan kategori kedua tertinggi bagi taufan.
Ahli kaji cuaca menjangka ia akan melemah ketika bergerak mengikut laluan diramalkan ke arah barat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 14 kematian dilaporkan akibat Taufan Ragasa yang menyebabkan hujan lebat berterusan dan limpahan air dari tasik di kawasan pergunungan Hualien, menenggelamkan kawasan penempatan berhampiran serta menyebabkan 124 penduduk masih hilang.
- Lebih 8,000 penduduk telah dipindahkan lebih awal, manakala arus deras memusnahkan jambatan, jalan raya dan landasan kereta api di Pekan Guangfu, dengan penduduk terpaksa berlindung di atas kenderaan dan bangunan.
- Perdana Menteri Cho Jung-tai dijadual melawat kawasan bencana untuk menilai kerosakan dan usaha bantuan, sementara taufan dijangka membadai selatan China dengan kategori kedua tertinggi sebelum melemah mengikut laluan ke arah barat.