awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Ragasa: Filipina, Taiwan gantung sesi sekolah, Hong Kong pertimbang henti penerbangan

Bernama
Bernama
22/09/2025
09:58 MYT
Taufan Ragasa: Filipina, Taiwan gantung sesi sekolah, Hong Kong pertimbang henti penerbangan
Di Filipina, kira-kira 10,061 individu telah "dipindahkan sebagai langkah awal" di kawasan berisiko tinggi di Luzon Utara dan Tengah. - AP
ISTANBUL: Filipina dan Taiwan telah menggantung sesi persekolahan dan operasi di pejabat kerajaan di beberapa wilayah pada Isnin, manakala lapangan terbang Hong Kong sedang mempertimbangkan untuk menghentikan operasi selama 36 jam ketika Taufan Super Ragasa semakin menghampiri.
Di ibu negara Filipina, Manila dan banyak wilayah lain, sekolah di semua peringkat dan urusan kerajaan yang tidak penting telah digantung. Beberapa penerbangan turut dibatalkan akibat angin kencang dan hujan lebat, lapor Anadolu Ajansi memetik akhbar tempatan Inquirer.
Taufan itu dijangka melintasi berhampiran atau mendarat di Pulau Babuyan.
Kira-kira 10,061 individu telah "dipindahkan sebagai langkah awal" di kawasan berisiko tinggi di Luzon Utara dan Tengah, menurut Manila Bulletin.
Ia dijangka keluar daripada Kawasan Tanggungjawab Filipina menjelang Selasa.
Di Taiwan, Direktorat Am Pentadbiran Personel membatalkan kerja dan kelas di daerah Pingtung, Hualien dan Taitung.
Semua penerbangan ke pulau-pulau terpencil selepas tengah hari dibatalkan dan 88 perkhidmatan feri di 13 laluan telah digantung di Taiwan, menurut Focus Taiwan.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong sedang mempertimbangkan pilihan untuk menutup terminal dari pukul 6 petang Selasa, waktu tempatan, hingga 6 pagi Khamis (waktu tempatan) berikutan "ancaman serius" daripada Ragasa, yang diramal membawa angin berkekuatan hurikan sehingga 220 kilometer sejam dalam beberapa hari akan datang, menurut South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong.
Di China, jabatan pencegahan dan mitigasi bencana Biro Pengurusan Kecemasan Shenzhen pada Ahad berkata bandar itu sedang bersiap sedia untuk memindahkan 400,000 penduduk yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taufan ragasa
#Taiwan
#Filipina
#Hong Kong
#bencana alam
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan