awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Shanshan mendarat di Kagoshima, Jepun

Bernama
Bernama
29/08/2024
06:45 MYT
Taufan Shanshan mendarat di Kagoshima, Jepun
Polis meninjau kerosakan akibat Taufan Shanshan di bandar Miyazaki, Jepun pada 29 Ogos 2024. - Gambar/ Reuters/ Media sosial
TOKYO: Ribut kuat Shanshan telah mendarat di wilayah Kagoshima, barat daya Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis, lapor Xinhua.
Taufan ke-10 tahun ini yang dikategorikan sebagai "sangat kuat," sedang bergerak ke arah utara berhampiran bandar Satsumasendai pada kelajuan kira-kira 15 kilometer sejam.
Menjelang 8 pagi waktu tempatan, taufan itu telah bergerak sedikit ke utara pada koordinat 31.55 darjah lintang utara dan 130.05 darjah timur, sambil mengekalkan kelajuan 15 kilometer sejam.
Dengan taburan hujan luar biasa yang menjejaskan selatan Kyushu, JMA telah mengeluarkan amaran khas untuk angin kencang, ombak tinggi, dan gelombang ribut di seluruh wilayah Kagoshima.
Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai taufan dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk memastikan keselamatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Kagoshima
#Taufan Shanshan
#cuaca Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan