DUNIA
Taufan Super Ragasa landa Filipina, 6 terbunuh
Walaupun Ragasa telah keluar daripada kawasan Filipina pada Selasa, pihak berkuasa kini memantau satu lagi gangguan cuaca baharu, ribut tropika Bualoi. - Gambar fail/ Reuters
MANILA: Hujan lebat dan angin kencang daripada Taufan Super Ragasa membadai utara Filipina sejak beberapa hari lepas, mencetuskan banjir, tanah runtuh yang meragut nyawa serta kemusnahan besar di seluruh kepulauan itu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Rabu melaporkan empat mayat ditemukan daripada sebuah bot nelayan yang karam di perairan Wilayah Cagayan, menjadikan jumlah korban akibat Ragasa meningkat kepada enam orang.
Enam mangsa berjaya diselamatkan manakala operasi mencari tiga lagi yang masih hilang diteruskan, menurut PCG.
Terdahulu, PCG memaklumkan seorang lelaki berusia 67 tahun ditemukan mati di pesisir pantai Bandar Agoo, Wilayah La Union pada Selasa. Mangsa dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika ribut pada Isnin.
Di Wilayah Benguet yang tidak berpantai, seorang lelaki berusia 74 tahun maut selepas tanah runtuh menghempap kenderaannya di Lebuh Raya Bandar Tuba. Beberapa penumpang daripada kereta lain turut cedera.
Digelar "Raja Ribut", Ragasa membadai daratan dengan angin kencang dan hujan tanpa henti, menenggelamkan sebahagian besar kawasan di utara Luzon. Beberapa komuniti ditenggelami air, rumah musnah dan jalan utama terputus akibat banjir serta timbunan runtuhan.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) berkata lewat Selasa bahawa Ragasa bersama monsun barat daya telah menjejaskan sekitar 54,000 keluarga atau 192,000 orang di 950 kampung di seluruh negara.
Walaupun Ragasa telah keluar daripada kawasan tanggungjawab Filipina pada Selasa, pihak berkuasa kini memantau satu lagi gangguan cuaca baharu, ribut tropika Bualoi.
Biro cuaca negara, PAGASA, berkata Bualoi bergerak ke arah barat-barat daya dengan kelajuan 20 kilometer (km) sejam, membawa angin maksimum 65 km sejam dengan tiupan kencang mencecah 80 km sejam. Ribut itu dijangka bertambah kuat dan boleh mencapai kategori ribut tropika teruk menjelang Khamis malam.
"Peningkatan kekuatan selanjutnya, terutama selepas melalui daratan Filipina, tidak boleh diketepikan," kata PAGASA.
Biro itu juga memberi amaran kemungkinan banjir pantai akibat ombak besar di kawasan rendah di Filipina tengah, sambil menggesa penduduk supaya terus berwaspada.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Taufan Super Ragasa membadai utara Filipina dengan hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan kemusnahan infrastruktur, serta mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa termasuk mangsa bot karam dan runtuhan tanah.
- Kira-kira 54,000 keluarga atau 192,000 orang di 950 kampung terjejas akibat Ragasa dan monsun barat daya, dengan komuniti ditenggelami air, rumah musnah dan jalan utama terputus.
- Walaupun Ragasa telah keluar dari kawasan Filipina, pihak berkuasa kini memantau ribut tropika Bualoi yang dijangka bertambah kuat dan berpotensi menyebabkan banjir pantai serta ombak besar di kawasan rendah.