DUNIA
Taufan Super Ragasa: Usaha pembersihan bermula di Guangfu
Jabatan Bomba Taiwan memaklumkan, jumlah korban yang telah dikemas kini akibat taufan berkenaan kini menjadi 14 orang, berbanding angka sebelumnya iaitu 17 orang. - Foto REUTERS
GUANGFU : Usaha pembersihan giat dijalankan pada pagi Khamis di bandar kecil Guangfu, Taiwan, selepas jalur luar Taufan Super Ragasa membawa hujan lebat ke daerah Hualien, menyebabkan air tasik di kawasan pergunungan melimpah seterusnya mencetuskan banjir di kawasan penempatan.
Dalam pada itu, Jabatan Bomba Taiwan memaklumkan, jumlah korban yang telah dikemas kini akibat taufan berkenaan kini menjadi 14 orang, berbanding angka sebelumnya iaitu 17 orang.
Setakat ini, seramai 33 individu masih dilaporkan hilang.
Taufan Super Ragasa telah menyebabkan kerosakan meluas di kawasan timur Taiwan, dengan pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan terus digerakkan ke lokasi terjejas bagi menilai keadaan dan memberikan bantuan segera.