DUNIA
Taufan Wipha menuju ke Vietnam, cetus tindakan pantas di kawasan pesisir pantai
Pelan pemindahan disiapkan untuk kawasan rendah, pesisir pantai dan tebing sungai di 114 komuniti, kawasan perbandaran dan zon khas. - Gambar fail/hiasan/BERNAMA
QUANG NINH (Vietnam): Taufan Wipha semakin menghampiri utara Vietnam dengan laluannya yang tidak menentu mendorong tindakan segera di Wilayah Quang Ninh dan bandar pelabuhan Hai Phong bagi melindungi penduduk, infrastruktur, serta aset ekonomi menjelang jangkaan ia melanda daratan.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), di Quang Ninh, penduduk mengukuhkan bumbung rumah, mengikat rakit akuakultur dan membawa bot nelayan ke pelabuhan yang selamat. Bot pelancong dipindahkan ke kawasan perlindungan ribut yang ditetapkan untuk melindungi pelancong dan pengusaha.
Pihak berkuasa mengeluarkan arahan tergempar yang menggantung semua permit pelepasan untuk bot penumpang di wilayah itu.
Di Hai Phong, sebuah bandar pesisir yang sibuk, pihak berkuasa mengaktifkan tindak balas penuh terhadap ribut menjelang 1 tengah hari Ahad (20 Julai), dengan penyelarasan antara agensi, komuniti, kawasan perbandaran dan zon ekonomi khas.
Jawatankuasa Perbandaran Rakyat memaklumkan yang pelan kecemasan digerakkan seawal 6 petang Sabtu (19 Julai), disesuaikan mengikut tahap risiko setiap kawasan. Sebanyak 1,657 kapal bersama 4,668 anak kapal dibawa ke tempat berlabuh yang selamat dan amaran dikeluarkan kepada hampir 9,900 pengusaha sangkar akuakultur serta lebih 16,000 pelancong di Pulau Cat Ba, termasuk kira-kira 2,500 warga asing.
Semua kapal kekal berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan tiada yang berada dalam zon bahaya ribut, menurut jawatankuasa itu. Di zon maritim Hai Phong, 71 kapal dengan 690 anak kapal dilaporkan berlabuh dengan selamat.
Pelan pemindahan disiapkan untuk kawasan rendah, pesisir pantai dan tebing sungai di 114 komuniti, kawasan perbandaran dan zon khas.
Pemeriksa memantau 180 blok pangsapuri lama dan menandakan 59 daripadanya sebagai Gred D, iaitu tahap risiko tertinggi untuk keruntuhan struktur. Bagi mengurangkan risiko akibat angin kencang, pihak perbandaran ini menebang dan mencantas dahan pokok ditanam di bandar bagi mengelakkan dahan patah yang boleh menghempap lalu lintas, talian elektrik, atau tapak pembinaan.
--BERNAMA-VNA
TAG: Taufan, Wipha, Vietnam, lindungi penduduk, infrastruktur, aset ekonomi