DUNIA
Taufan Wipha, Vietnam kerah lebih 346,000 anggota tentera, 8,200 jentera
Setakat 7 pagi Selasa, pusat Taufan Wipha dikesan berada pada latitud 20.2 darjah Utara dan longitud 106.7 darjah Timur, di perairan pesisir antara wilayah Hai Phong dan Ninh Binh. - Foto Reuters
HANOI: Kementerian Pertahanan Vietnam pada Isnin menggerakkan 346,210 pegawai dan anggota tentera serta 8,200 aset logistik dan jentera pelbagai jenis, termasuk lima pesawat sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi Taufan Wipha, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik Jawatankuasa Pandu Arah Kebangsaan bagi Pertahanan Awam.
Ringkasan AI
Mengenai pemantauan bot nelayan, Pasukan Pengawal Sempadan dari wilayah Quang Ninh hingga Dak Lak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan keluarga pemilik bot untuk melaporkan, menyemak dan memberi panduan kepada 54,300 bot mengenai perkembangan dan laluan ribut supaya mereka boleh bergerak ke kawasan yang lebih selamat.
Langkah itu menyusul selepas arahan rasmi dikeluarkan oleh Perdana Menteri pada 20 Julai dan Ketua Turus Tentera Rakyat Vietnam pada 21 Julai, yang menggesa pendekatan proaktif menghadapi Taufan Wipha.
Setakat 7 pagi Selasa, pusat Taufan Wipha dikesan berada pada latitud 20.2 darjah Utara dan longitud 106.7 darjah Timur, di perairan pesisir antara wilayah Hai Phong dan Ninh Binh.
Menjelang 7 malam Selasa, pusat taufan dijangka mendarat antara Hai Phong dan Thanh Hoa (sekitar 19.9?U, 105.5?T), terus bergerak ke barat daya pada kelajuan 10-15 km/j.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Vietnam kerah lebih 346,000 anggota tentera dan 8,200 aset logistik, termasuk lima pesawat, sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi Taufan Wipha.
- Pasukan Pengawal Sempadan pantau 54,300 bot nelayan bersama pihak berkuasa dan keluarga pemilik bot, bagi memastikan bot bergerak ke kawasan selamat mengikut laluan taufan.
- Pusat Taufan Wipha dikesan bergerak dari perairan Hai Phong ke Thanh Hoa, dijangka mendarat dengan kelajuan 1015 km/j, susulan arahan rasmi kerajaan Vietnam.