awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Wutip: China aktifkan respons kecemasan terhadap banjir

Bernama
Bernama
11/06/2025
15:30 MYT
Taufan Wutip: China aktifkan respons kecemasan terhadap banjir
Kementerian Sumber Air China pada Rabu mengaktifkan respons kecemasan tahap empat terhadap banjir di wilayah selatan dan tenggara negara itu. - Gambar fail/AP
BEIJING: Kementerian Sumber Air China pada Rabu mengaktifkan respons kecemasan tahap empat terhadap banjir di wilayah selatan dan tenggara negara itu susulan lekukan tropika di Laut China Selatan yang telah berkembang menjadi taufan pertama tahun ini pada pagi Rabu.
Pusat Taufan Wutip dikesan berhampiran Yongxing Dao di bandar Sansha, wilayah pulau paling selatan China, Hainan pada 2 petang Rabu, menurut kementerian itu.
Hujan lebat akibat Taufan Wutip yang sedang menghampiri itu dijangka melanda wilayah Hainan, Guangxi, Guangdong, Hunan, Jiangxi dan Fujian dari Khamis hingga Ahad. Paras air di beberapa batang sungai di wilayah itu dijangka melepasi tahap amaran, menurut kementerian itu.
Kementerian itu menekankan kepentingan pencegahan banjir dan kejadian kepala air di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda penduduk.
Dua pasukan telah dihantar ke Hainan dan Guangdong untuk membantu usaha pencegahan banjir.
China mempunyai sistem respons kecemasan empat peringkat bagi kawalan banjir, dengan Tahap I sebagai yang paling serius.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Wutip
#China
#respons kecemasan
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan