awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Zena melemah, penduduk Fiji syukur terselamat

Agensi
Agensi
07/04/2016
02:53 MYT
Taufan Zena melemah, penduduk Fiji syukur terselamat
beberapa penduduk tempatan melihat keadaan di tempat tinggal mereka selepas taufan Zena semakin reda. - Foto AFP
Fiji menarik kembali amaran darurat pada Khamis selepas negara kepulauan Pasifik itu terselamat daripada dilanda taufan tropika Zena secara langsung dan rebut mula mereda seiring pergerakannya menjauhi pesisiran.
Pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara itu sewaktu taufan Zena mendekati pulau utama Viti Levu pada malam Rabu.
Sewaktu khabar itu diterima, ternyata ia meresahkan penduduk yang masih trauma dengan taufan Winston yang mengorbankan 44 orang pada Februari.
Namun, pakar meteorologi berkata Zena semakin lemah dan bukan sebaliknya, serta bergerak lebih jauh ke selatan menjauhi kawasan daratan, tidak seperti yang diramalkan.
“Kami amat bersyukur. Semua yang bersedia untuk menghadapi situasi buruk kini boleh menarik nafas lega,” kata agensi ramalan cuaca Nadraki.
Taufan itu disertai hujan lebat dan banjir kilat serta meragut dua nyawa, namun agensi kemanusiaan OCHA berkata ia boleh menjadi lebih buruk.
Rangkaian jalan raya kini dibuka semula dan penerbangan antarabangsa kembali beroperasi.
Namun OCHA menjelaskan, ribuan penduduk yang masih di pusat perlindungan sementara sejak taufan Winston melanda, menghadapi waktu yang sukar ketika hujan lebat baru-baru ini dari aspek kesihatan dan kebersihan.
Topic Berkaitan
#amaran darurat
#Fiji
#Taufan Zena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan