DUNIA
Tayar meletup ketika berlepas, pesawat Norwegian mendarat cemas di Sweden

Pesawat Norwegian Airlines melakukan pendaratan cemas di Arlanda, Sweden selepas tayar meletup ketika berlepas. -Gambar fail/Adobe Stock
STOCKHOLM: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Norwegian Airlines yang membawa 181 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Arlanda, Sweden, selepas salah satu tayarnya meletup ketika berlepas menuju ke Paris.
Ringkasan AI
- Sebuah pesawat Boeing 737 milik Norwegian Airlines yang membawa 181 penumpang lakukan pendaratan cemas di Arlanda, Sweden selepas tayar meletup ketika berlepas ke Paris.
- Juruterbang berpatah balik dan berlegar rendah untuk pemeriksaan visual; serpihan tayar ditemui di landasan, menyebabkan gangguan penerbangan lain.
- Pendaratan berjalan lancar tanpa kecederaan; siasatan penuh akan dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan Sweden.
Pemeriksaan mendapati serpihan tayar yang meletup berselerak di landasan, menyebabkan laluan penerbangan lain tergendala dan beberapa pesawat terpaksa dialihkan ke landasan alternatif.
Polis dan paramedik segera dikerahkan ke lokasi sebagai langkah berjaga-jaga.
Jurucakap Norwegian Airlines menyatakan bahawa pendaratan berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
“Kami mengambil serius setiap insiden teknikal dan akan menjalankan siasatan penuh untuk mengenal pasti punca letupan tayar,” kata jurucakap Pusat Kawalan Maritim dan Penerbangan Sweden (JRCC).
Insiden berlaku ketika industri penerbangan Eropah sedang giat memperketatkan prosedur keselamatan berikutan beberapa insiden teknikal melibatkan pesawat komersial dalam tempoh dua bulan terakhir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami