awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tayar pesawat United Airlines tercabut

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2024
04:20 MYT
Tayar pesawat United Airlines tercabut
Foto tular menunjukkan tayar tertanggal selepas pesawat berlepas. - Gambar/ Agensi
SEBUAH pesawat Boeing 777 membawa lebih 200 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas salah satu tayarnya tercabut dan terjatuh di kawasan parkir Lapangan Terbang San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Berdasarkan rakaman tular di media sosial sejak Jumaat, tayar pesawat United Airlines itu tertanggal beberapa saat selepas berlepas dari lokasi kejadian.
Tayar tersebut kemudiannya melantun ke kawasan parkir sekali gus menyebabkan beberapa buah kereta milik pekerja lapangan terbang mengalami kerosakan.
Namun, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa serta kawasan parkir ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan.
Menurut kenyataan rasmi United Airlines, terdapat seramai 249 orang berada di dalam pesawat berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Osaka, Jepun.
“Kami berterima kasih kepada juruterbang dan pramugari kami atas profesionalisme mereka dalam menguruskan situasi ini.
"Kami juga berterima kasih kepada pasukan kami di lapangan terbang yang menunggu untuk memindahkan pesawat sejurus ia mendarat dan membantu penumpang semasa mendarat," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan sama, penerbangan itu dilencongkan ke Los Angeles dan mendarat dengan selamat, manakala penumpang dijangka meneruskan perjalanan pada hari yang sama.
Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan, pesawat Boeing 777 mempunyai enam roda dan ia direka khas untuk mendarat dengan selamat jika terdapat sesuatu yang hilang atau rosak.
Boeing ketika ini mendapat kecaman mengenai kualiti pesawatnya yang mana sebelum ini, pintu pesawat Boeing 787 Max telah tercabut ketika terbang.
Tiada sebarang kecederaan berlaku, namun operasi kesemua pesawat tersebut telah digantung selama 19 hari. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#United Airlines
#tayar pesawat tercabut
#kemalangan kapal terbang
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan