awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan

Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran

Bernama
Bernama
31/01/2026
09:30 MYT
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Tehran bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara serantau bagi menjaga kestabilan dan keamanan serta "melindunginya daripada pencerobohan yang menyalahi undang-undang." - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Tehran "sedia" untuk "perjanjian nuklear yang adil dan saksama" dan "tidak pernah" mengejar pemilikan senjata nuklear, tegas Menteri Luar Iran Abbas Araghchi semasa perbincangannya dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Menteri Luar Hakan Fidan, lapor Anadolu Ajansi.
"Dalam perbualan kami (pada Jumaat), saya mengulangi bahawa Iran tidak pernah mencari senjata nuklear dan bersedia untuk menerima perjanjian nuklear yang adil dan saksama yang memenuhi kepentingan sah rakyat kami; ini termasuk memastikan 'Tiada Senjata Nuklear' dan menjamin penarikan sekatan," kata Araghchi pada Sabtu menerusi media sosial X.
Sambil menyatakan rasa gembira terhadap perbincangan mengenai hubungan dua hala Turkiye-Iran serta isu serantau yang menjadi kepentingan bersama, beliau menarik perhatian bahawa Ankara bersama negara "saudara" yang lain telah menawarkan khidmat baik mereka untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau itu.
Tehran "berterima kasih atas usaha sedemikian dan mengalu-alukannya," tegas Araghchi, sambil menyatakan kesediaan Tehran untuk bekerjasama dengan negara-negara serantau bagi menjaga kestabilan dan keamanan serta "melindunginya daripada pencerobohan yang menyalahi undang-undang."
Perbincangan antara Araghchi dan pegawai Turkiye itu berlangsung semasa lawatan Menteri Luar Iran itu ke Turkiye pada Jumaat.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Iran
#program nuklear
#abbas araghchi
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.