DUNIA
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Mike Waltz berkata, ancaman paling serius terhadap hemisfera Barat adalah daripada kumpulan pengganas dan jenayah transnasional termasuk menegaskan bahawa kapal tangki minyak yang disekat menjadi nadi ekonomi utama Maduro. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berikrar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan sekatan “sehingga tahap maksimum” bagi menghalang Presiden Venezuela, Nicolas Maduro daripada memperoleh sumber, ketika Rusia memberi amaran bahawa negara-negara Amerika Latin lain mungkin menjadi sasaran seterusnya.
Duta AS ke PBB, Mike Waltz berkata, ancaman paling serius terhadap hemisfera Barat adalah daripada kumpulan pengganas dan jenayah transnasional termasuk menegaskan bahawa kapal tangki minyak yang disekat menjadi nadi ekonomi utama Maduro dan membiayai kumpulan narco-pengganas Cartel de Los Soles.
Washington bulan lalu mengisytiharkan Cartel de Los Soles sebagai organisasi pengganas asing kerana didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah ke AS, dan menuduh Maduro mengetuai kumpulan itu namun Venezuela menyifatkan dakwaan tersebut sebagai “tidak masuk akal”.
Pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini meningkatkan kehadiran ketenteraan di rantau berkenaan, termasuk memintas dua kapal tangki sarat minyak mentah Venezuela di Laut Caribbean dan menjejaki sebuah lagi kapal kosong yang menghampiri pantai negara anggota OPEC itu.
Dalam pada itu, Rusia memberi amaran bahawa tindakan AS boleh menjadi contoh untuk campur tangan terhadap negara Amerika Latin lain, manakala China menggesa Washington menghentikan tindakan berkenaan bagi mengelak ketegangan memuncak.
Sementara itu duta Venezuela ke PBB, Samuel Moncada menegaskan tiada peperangan di Caribbean dan menyifatkan tindakan AS sebagai tidak wajar.
“Ancaman sebenar bukan Venezuela, tetapi kerajaan AS,” katanya.