DUNIA
Tekanan kerja pengawal trafik udara semakin kritikal - Setiausaha Pengangkutan AS
Duffy (gambar) berkata, sistem itu kini berdepan kekurangan sekitar 2,000 hingga 3,000 pekerja dan usaha merapatkan jurang itu dijangka mengambil masa beberapa tahun. - REUTERS
WASHINGTON: Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Sean Duffy pada Jumaat berkata wujud rasa kekecewaan dan kebimbangan dalam kalangan pengawal trafik udara berikutan penutupan berpanjangan kerajaan persekutuan, sambil menyifatkan tahap tekanan kerja mereka ketika ini sebagai "tidak boleh diterima."
Dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia, Duffy berkata para pengawal hanya menerima kira-kira 90 peratus gaji mereka sekitar 10 hari lalu dan tidak akan menerima gaji pada Selasa depan, lapor Xinhua.
"Jika kita kekurangan pengawal, atau jika mereka terlalu tertekan dan tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik, kami akan mengambil langkah mengurangkan jumlah pesawat yang berlepas dan mendarat, atau membatalkan penerbangan," katanya.
Duffy turut menyatakan bahawa sistem itu kini berdepan kekurangan sekitar 2,000 hingga 3,000 pekerja dan usaha merapatkan jurang itu dijangka mengambil masa beberapa tahun.
Bermula bulan ini, kira-kira 13,000 pengawal trafik udara AS terus bekerja tanpa menerima sebarang bayaran.
Presiden Persatuan Pengawal Trafik Udara Kebangsaan (NATCA), Nick Daniels berkata dalam sidang media sama bahawa apabila penutupan kerajaan berlarutan dan pengawal tidak dibayar atas kerja mereka, "ia mewujudkan gangguan yang tidak perlu dan menjejaskan tumpuan mereka terhadap tugas, sekali gus menjadikan sistem ini kurang selamat."
-- BERNAMA