awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027

Bernama
Bernama
03/02/2026
20:45 MYT
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Siow berkata langkah itu perlu bagi membolehkan kerajaan memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan berkenaan jika perlu ketika berada di dalam negara itu. - Gambar Facebook Jeffrey Siow
SINGAPURA: Teksi Malaysia yang beroperasi di Singapura diwajibkan untuk memasang "on board unit" (OBU) bagi sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) 2 sebelum pelaksanaan penuhnya pada 1 Jan 2027.

Ringkasan AI
  • Singapura mewajibkan kenderaan Malaysia memasang "on board unit" (OBU) ERP 2 sebelum 1 Jan 2027 bagi tujuan penguatkuasaan ketika berada di negara itu.
  • Kenderaan tanpa OBU masih boleh bayar bayaran rata harian S$5; pemilik kenderaan yang tidak memasang OBU akan dikenakan yuran pemasangan selepas tempoh peringatan.
  • Pemasangan OBU adalah wajib bagi semua kenderaan berdaftar di Singapura; kenderaan yang tidak mematuhi boleh dikenakan denda sehingga S$20,000 atau penjara selama 12 bulan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Jeffrey Siow berkata langkah itu perlu bagi membolehkan kerajaan memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan berkenaan jika perlu ketika berada di dalam negara itu.
"Bagi kenderaan persendirian pendaftaran asing, kami menggalakkan mereka memasang OBU untuk pengecasan berasaskan penggunaan, walaupun kami menyedari pelawat sekali-sekala mungkin memilih untuk tidak berbuat demikian.
Kenderaan tanpa OBU masih boleh membayar bayaran rata harian (S$5), sama seperti kereta tanpa unit dalam kenderaan (IU) hari ini," katanya semasa bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Pengangkutan Darat dan Perkara Berkaitan Lain di Parlimen pada Selasa.
Siow berkata pemasangan OBU adalah mandatori bagi semua kenderaan berdaftar di Singapura memandangkan ia menggunakan teknologi satelit, berbanding sistem gantri untuk menentukan lokasi kenderaan bagi tujuan pengecasan.
Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, sehingga 31 Januari, kira-kira 930,000 kenderaan di Singapura atau lebih 93 peratus telah memasang OBU berkenaan.
Dalam satu kenyataan, agensi itu percaya ia berada di landasan yang betul untuk menyiapkan latihan pemasangan berkenaan pada tahun ini.
"Bermula 15 Februari 2026, pemilik kenderaan yang telah dijemput untuk memasang OBU tetapi masih belum berbuat demikian akan menerima peringatan terakhir daripada LTA.
"Mereka akan diberikan tempoh tiga bulan dari tarikh pengeluaran peringatan terakhir untuk memasang OBU secara percuma. Selepas tempoh itu, mereka perlu membayar S$35 (RM109) untuk motosikal dan S$70 (RM216) bagi kenderaan lain untuk kos pemasangan," menurut kenyataan itu.
LTA turut memberi amaran supaya orang yang tidak diberi kuasa tidak menawarkan perkhidmatan berkaitan OBU seperti pemasangan, pembuatan, pengubahsuaian, pengalihan, pembaikan dan pengiklanan.
"Bagi kes serius melibatkan kegagalan pemasangan, pemalsuan atau perkhidmatan OBU tanpa kebenaran, perundangan memperuntukkan penalti sehingga S$20,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penalti
#teksi
#Parlimen
#OBU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan