awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telefon bimbit tiada kaitan dengan kanser otak - Kajian

Bernama
Bernama
04/09/2024
08:50 MYT
Telefon bimbit tiada kaitan dengan kanser otak - Kajian
Kajian ARPANSA menyimpulkan bahawa tiada kaitan antara penggunaan telefon bimbit yang berpanjangan atau kekerapan penggunaannya dengan kanser. - Gambar hiasan/ Reuters
CANBERRA: Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua.
Penyelidik dari Agensi Perlindungan Radiasi dan Keselamatan Nuklear Australia (ARPANSA) pada Rabu menerbitkan hasil kajian sistematik mengenai kesan kesihatan pendedahan gelombang radio daripada telefon bimbit.
Kajian yang ditugaskan oleh WHO itu menganalisis lebih 5,000 kajian yang dijalankan antara 1994 dan 2022 mendapati kadar tumor otak kekal stabil meskipun terdapat peningkatan kadar penggunaan telefon bimbit dalam tempoh yang sama.
"Apabila Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mengklasifikasikan pendedahan gelombang radio sebagai kemungkinan karsinogen kepada manusia pada 2013, ia sebahagian besarnya berdasarkan bukti terhad daripada kajian pemerhatian manusia.
"Tinjauan sistematik ini menggunakan set data yang jauh lebih besar berbanding yang diperiksa oleh IARC, termasuk kajian yang lebih terkini dan komprehensif. Oleh itu, kami lebih yakin bahawa pendedahan kepada gelombang radio daripada teknologi ini tidak berbahaya kepada kesihatan manusia, " kata Ken Karipidis dari ARPANSA yang mengetuai kajian itu, dalam satu kenyataan media.
Kajian itu juga menyimpulkan bahawa tiada kaitan antara penggunaan telefon bimbit yang berpanjangan atau kekerapan penggunaannya dengan kanser.
Karipidis, yang juga naib pengerusi International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection, berkata hasil kajian ini konsisten dengan penyelidikan ARPANSA sebelum ini yang menunjukkan tiada peningkatan membabitkan kes kanser otak dalam tempoh 20 tahun yang lalu.
ARPANSA merupakan badan perlindungan radiasi utama kerajaan persekutuan Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanser otak
#Telefon bimbit
#kajian sains
#hasil kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan