Telegram atasi WhatsApp di Rusia

Bernama
Mac 22, 2022 02:45 MYT
Rakyat Rusia kini lebih ramai menggunakan aplikasi Telegram berbanding WhatsApp sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.
MOSCOW: Rakyat Rusia kini lebih ramai menggunakan aplikasi Telegram berbanding WhatsApp, lapor Agensi Anadolu memetik pengendali mudah alih, Megafon.
Menurut Megafon, penggunaan Telegram di negara itu meningkat mendadak sejak 24 Feb, sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.
Jumlah trafik pemesejan Telegram meningkat daripada 43 peratus kepada 63 peratus dalam dua minggu pertama Mac.
Sementara itu, penggunaan WhatsApp pula menurun daripada 48 peratus kepada 32 peratus dalam tempoh yang sama.
Perkembangan itu dipercayai susulan langkah Rusia menyekat akses kepada Instagram dan Facebook. - BERNAMA
#Telegram #WhatsApp #Krisis Rusia - Ukraine #Facebook