awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan di Marshall County High School, 2 pelajar terbunuh

APTN
APTN
23/01/2018
22:19 MYT
Tembakan di Marshall County High School, 2 pelajar terbunuh
Insiden berlaku selama 15 minit sebelum polis berjaya menahan suspek terbabit. - AP
Dua pelajar Marshall County High School di Benton, Kentucky di Amerika Syarikat terbunuh dalam sebuah insiden menembak di sekolah mereka.
Suspek ialah seorang pelajar sekolah itu yang berusia 15 tahun.
Insiden berlaku selama 15 minit sebelum polis berjaya menahan suspek terbabit.
Menurut Gabenor Matt Bevin, 19 mangsa mengalami kecederaan, di mana 14 ditembak.
Katanya, seorang pelajar perempuan maut di lokasi kejadian manakala seorang pelajar lelaki maut di hospital.
Kru kecemasan mengawal keadaan di Marshall County High School pada 23 Jan 2018. - AP
Kru kecemasan mengawal keadaan di Marshall County High School pada 23 Jan 2018. - AP
Jelas Pesuruhjaya Polis Kentucky, Richard Sanders, penembak menggunakan pistol tangan.
Pelajar itu ditahan bagi pembunuhan serta cubaan membunuh dan sekolah tersebut ditutup buat sementara waktu bagi siasatan.
Menurut saksi, Mitchell Garland, semasa kejadian, kira-kira 100 pelajar kelihatan berlari keluar dari kawasan sekolah.
Turut kelihatan ibu bapa yang bimbang dan mencari anak-anak mereka.
Marshall County High School terletak kira-kira 30 minit dari Heath High School, Kentucky di mana sebuah insiden tembakan rambang berlaku pada 1997, membunuh tiga mangsa and mencederakan lima yang lain.
Topic Berkaitan
#Heath High School
#Hospital
#mangsa
#Marshall County High School
#mati
#Matt Bevin
#polis
#Richard Sanders
#school
#sekolah
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan