Tembakan: Enam cedera akibat pergaduhan di kelab

Astro Awani
Jun 11, 2023 23:15 MYT
Polis akan memeriksa video rakaman pengawasan di tempat kejadian sebagai sebahagian daripada siasatan dalam kes tembakan di luar sebuah kelab di Houston pada Ahad. - (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya enam cedera apabila seorang suspek melepaskan tembakan di parkir kereta di luar sebuah kelab malam di Houston, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa, mangsa ditembak susulan pergaduhan yang berlaku di dalam kelab tersebut yang mencetuskan insiden di luar premis.
Seorang daripada enam mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan menjalani pembedahan kecemasan.
Lima lagi mangsa masih mendapatkan rawatan susulan.
Bagaimanapun, menurut ketua polis Houston Troy Finner, tiada suspek berjaya ditangkap setakat ini.
Video rakaman pengawasan di tempat kejadian akan diperiksa sebagai sebahagian daripada siasatan.
#kelab #tembakan #Houston #cedera