awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenaga dilepaskan dua gempa bumi di Turkiye 130 kali lebih besar - Saintis

Bernama
Bernama
09/02/2023
22:00 MYT
Tenaga dilepaskan dua gempa bumi di Turkiye 130 kali lebih besar - Saintis
Tenaga yang terhasil daripada dua gempa bumi yang melanda 10 wilayah di selatan Turkiye adalah 130 kali lebih kuat berbanding yang berlaku di Itali pada 2016, menurut seorang saintis terkemuka Itali. -Gambar fail/AP
ROM: Tenaga yang terhasil daripada dua gempa bumi yang melanda 10 wilayah di selatan Turkiye adalah 130 kali lebih kuat berbanding yang berlaku di Itali pada 2016, menurut seorang saintis terkemuka Itali.
Bercakap kepada Agensi Anadolu, ketua Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV), Carlo Doglioni, berkata plat Anatolia mungkin telah bergerak sekitar tiga meter akibat gempa bumi pertama.
Beliau berkata gempa bumi kedua yang berlaku pada tengah hari Isnin mungkin menggerakkan plat itu lebih jauh.
"Berlaku pengumpulan tenaga selama beberapa dekad di tempat berlakunya gempa bumi. Ia tidak lagi dapat menahan tenaga manakala plat Anatolia terus bergerak ke arah barat daya. Akibatnya tenaga yang terkumpul dibebaskan.
"Kami akan mengetahui angkanya sebaik kami memperoleh data satelit," kata Doglioni.
Ditanya sama ada gempa bumi baharu boleh berlaku di rantau yang sama, beliau berkata kemungkinan itu ada kerana "alam semula jadi sentiasa mampu mengejutkan kita."
Dua gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud yang berpusat di wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye, menjejaskan 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa.
Sekurang-kurangnya 17,674 orang terbunuh dan 72,879 yang lain cedera.
Gempa itu turut menjejaskan negara jiran Syria menyaksikan kematian akibat tragedi itu mencecah lebih 3,377 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#Carlo Doglioni
#plat Anatolia
#Gempa bumi Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan