awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengah Turki, Eritrea dilanda gempa bumi

Bernama
Bernama
02/08/2023
05:14 MYT
Tengah Turki, Eritrea dilanda gempa bumi
Gempa bumi yang berlaku pada 6.08 petang waktu tempatan (1508 GMT) berpusat pada kedalaman 7.24 km di daerah Selcuklu. - Gambar hiasan
ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah tengah Turki, Konya pada Selasa, lapor Xinhua memetik agensi bencana negara itu.
Gempa bumi yang berlaku pada 6.08 petang waktu tempatan (1508 GMT) berpusat pada kedalaman 7.24 km di daerah Selcuklu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan.
Gegaran turut dirasai di pusat bandar dan daerah Konya.
Pejabat Gabenor Konya berkata tiada kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini.
Gempa bumi itu berlaku hampir enam bulan selepas gempa bumi berkembar pada Februari yang mengakibatkan lebih 50,000 kematian penduduk di Turki dan Syria.
Sementara itu di Addis Ababa, gempa bumi dengan magnitud 5.6 menggegarkan tenggara ibu kota Eritrea, Asmara pada petang Selasa, kata pihak berkuasa.
Gempa pada kedalaman 10 km itu berlaku pada 8.15 malam waktu tempatan (1715 GMT), kata Menteri Penerangan Eritrea Yemane Meskel di media sosial.
Pusat gempa dikesan di bandar Irafale, menurut Kementerian Perlombongan dan Tenaga Eritrea.
Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turki
#Eritrea
#konya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan